Saturday, 8 February 2014

Visit Krabi : Part 4 Last night at Aonang, Krabi


Haa untuk malam terakhir nie lah nak pulun apa-apa yang tak kesampaian.. Antaranya nak naik tut-tut dan makan nutella and banana pancake.

Tapi sebelum tuh, cari makan dinner dulu. Mulanya nak pergi makan kat restoren sakenah tapi menu nya tak sampai-sampai menyebabkan kitaorang blah je dari restoren tuh. Bayar untuk minum je teh o ais limau 80 baht. Mahal giler. Kedai tepi jalan je kot. Baik pergi Chaba restoren, puas hati dan berbaloi sangat.

Dah blah dari restoren tuh, jalan kaki menuju ke Aonang beach. Jumpalah satu kedai muslim dan order simple je.. Nasi goreng tomyam ayam dan nasi goreng tomyam campur dengan sotong masak sambal kot.. Total semua dalam 370 baht. Kira standard dan okay la. Janji makanan sampai cepat.


Banana shake. Sedap!

Perut pon dah kenyang, hati pon dah riang, pe lagi.. Masa untuk menghabiskan duet selagi ada. Pe lagi, belikan souvenier sikit untuk kawan-kawan kat ofis tuh. Pe salahnya kan.

Dah beli souvenier, akhirnya kitaorang beli la pancake nutella dan banana yang dikatakan sedap sangat. Dan kalau tak cuba, rugi la konon. Tapi dah jumpa, makan je lah kan. 

Nutella dan banana pancake : 50 baht.

Ramai gak orang beratur nak membelinya.

So from the point of our view..(ecehhh..) pancake dekat Phuket jauh lagi sedap dan rangup. Sebab kat krabi nie, pancake dia lembik dan tak berapa sedap.. Hmmmm. Janji dah merasa dua-dua tempatkan... Ngeee.Alhamdulillah...

Haa... Aktiviti yang terakhir yang wajib korang try adalah naik tut-tut. Sangat popular kat krabi nie. So, untunk balik ke hotel, kitaorang decide nak naik tut-tut instead of jalan kaki. Tambang satu tut-tut dia cuma 40baht (rm4).

Macam-macam rupa dan warna tut-tut dia.

Experiance naik tut-tut nie macam naik beca jer kot. Ntah pe specialnya. Cuma kalau beca pakai basikal kan.. Tut-tut ni pakai motor. So takde lah kesian sangat nak bawak kitaorang berdua yang sememangnya berat... Opppssss haha

Sampai hotel, rehat jap, dan terus packing barang-barang sebab nak balik esok pagi bertolak kul 5.30am dari hotel.


Keesokkannya, bangun pagi seawal 4.30am untuk siap-siap ke Airport. Syukur alhamdulillah sangat van driver private yang dah booking awal-awal sampai tepat pada masanya. Rasanya 5.15am dan ada depan lobby sebab intai dari balcony bilik kitaorang. Risau gak kalau driver tak datang amik kami pagi tuh. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. So travel agent nie sangat-sangat boleh dipercayai dan mudah berurusan. Tambang dalam 800baht sebab diaorang datang amik awal pagi dan hanya kitaorang je penumpang. Kira private car gak la.

Perjalanan dari hotel ke airport cuma dalam 45min. Jalan lancar dan tak sesak pon. Mungkin sebab awal pagi kot. Orang tak bangun lagi. Hee

Sampai je airport terus check in bag dan tunggu kat lobby sebelum berlepas. Dalam pukul 7am kitaorang dah ada dalam lobby. Jalan-jalan kat kedai sana sambil minum canyon coffee. Hmmm sedappp dan menyegarkan. Ada gak beli souvenier apron thai dan beg duet thai. Habiskan sisa-sisa duet baki syiling yang ada. Kang bawa balik malaysia pon tak boleh tukar pon.


Flight pon tak de delay dan ontime. Naik flight, terus dihidangkan dengan nasi lemak pak naser. Dah pre-book awal-awal lagi. Alhamdulillah...

Bye-bye Thailand. Sayonaraaa...

Selamat tiba kat LCCT dalam pukul 10.30am. Settle beg semua, naik bas trus ke KL sentral dan sampai ke home sweet homeeee..

Habislah semua percutianku kali ini....

Next trip bakal menyusul lagi bulan May 2014. INSYAALLAH....









No comments:

Post a Comment