Okay.. Bismillah.
Memandangkan motor sewa ada lagi bersama kitaorang, apa lagi.. Terus hubby ajak breakfast kat luar. Setelah survey-survey, jumpalah satu kedai makan islam. Orang pattani rasanya. Kedai makan nie menyediakan macam-macam menu. Main menu dia adalah nasi beriayani, nasi ayam dan kueh muih. So, kitaorang pon amik menu nasi beriyani dan nasi ayam. Sebab dia tak ade jual makanan ringan mcm roti canai.. Hee..Lagipon nak isi perut berjalan jauh hari nie....
Breakfast time.
Alhamdulillah kenyang. Total makan breakfast pagi ini adalah 170baht. Standard makan kat Malaysia je lah.. Kenyang dan sedap!
So, lepas breakfast, siap-siap untuk travel agant amik kami yang dah book smalam kat krabi town.
Seawal 8.30pg kitaorang dah tercegat kat depan lobby.
Depan lobby Goodwill Hotel
Nasib baik kitaorang turun awal sebab driver datang pon seawal 8.35am. Sepatutnya dijanji pukul 8.45am. Rupanya kami orang yang paling awal diambil. Yesss! Tapi next destination kene tunggu plak orang lain nak naik plak. Total 11 orang dalam satu van. Mereka semua terdiri dari orang sydney, Iran, Poland dll.
For info : Pakej J yang kitaorang amik terdiri daripada 5 tempat menarik for one day tour :
1) Hot spring waterfall
2) Emerald Pool
3) Tiger cave
4) Elephant treckking
5) Baby elephant show.
Jom kita review semua aktiviti kat sana.. Zaaazzzsss~~
1) Hot Spring Waterfall
Ni merupakan destinasi pertama kitaorang. Perjalanan dari Aonang hanya mengambil masa dalam 45min jer untuk sampai. Sesudah sampai, kat sini la kitaorang diperkenalkan kepada tour guide kitaorang. Tour guide nie bagus dan banyak cakap gak la... Tapi banyak info bleh dapat dari sini.
Posing kat pintu utama dia.
Okay untuk sampai ke hot stream ni, ada 2 jalan pilihan.
1) nature trackking - boleh tengok keindahan alam (400m)
2) normal walking - just nampak hutan je. (200m)
Kitaorang decide untuk pergi menggunakan nature trackking, balik baru normal walking. Ternya memamng chantik keindahan alam dengan sungai yang sangat jernih.
Jernih kan air?
Nature trackking
Akhirnya setelah jalan 400m, jumpalah dengan 1st pitstop. Just kolam air panas. Memang panas dan suam-suam airnya.
Then terus ke next pitstop. Jalan keatas sikit ada kolam dan air terjun. Ramai yang mandi tapi kitaorang tak mandi sebab hanya dibelikan masa 45min je dekat sini. Tapi best dan chantekk.
Lepas dah habis click-click, kitaorang pon turun menuju ke van yang dinaiki tadi.
2) Emeral Pool
Haa ni destination kami yang kedua. Hanya mengambil masa 15min dari waterfall tadi. Dan tempat ini merupakan tempat yang ditunggu-tunggu. Tiket entry nie dah termasuk dalam pakej tau.
Welcome to Emerald Pool
Haa seperti biasa, kat emerald pool nie pon ada 2 jalan pilihan nak sampai ke pool tersebut:
a) Nature tracking - 1400m
b) Normal traccking - 800m
Sememangnya kitaorang akan pergi menggunakan jalan nature trackking. Rugilah kalau datang tak tengok keindahan ciptaan Allah. Memang jernih dan chantek.
Akhirnyaaaa..... EMERALD POOL...
Perghh tengok pool kat sini.. Memang berwarna emerald. Subhanallah. Dan juga airnya ada lah tersangatlah jernih.
Tak amik masa yang lama, terus cari port yang sesuai tukar baju dan terjun dalam pool tuh. Perggh memang teruja sangat dan terpegun tengok keindahan pool nie.
Dah siap mandi dan tukar baju, terus cepat-cepat tukar baju then menuju ke main entrance. Before balik, baru jumpa signboard nie. Bergambar sakan lee..
Exit ikut jalan hutan 800m. Memang boring!
Posing gedix jap.. Muahahahaha
Jalan normal tracking 800m.
Dah sampai ke main entrance terus diarahkan tunggu di sebuah restoren kat sana. Satu-satunya restoren yang ada. Rupanya kami di suruh lunch kat sini. Dah termasuk dalam pakej tau. Dan dijamin halal. Dont worry tau.
Makan islam tuh signboard dia.. Hehe
Makanan muslin yang superbb sedap
Dah kenyang, kita gerak ke desitnasi ke 3..
3) Tiger cave
Okay tour yang seterusnya ada Tiger Cave. Perjalanan mengambil masa dalam 45min. Sepanjang perjalanan, sempat gak la tertido dalam van sebab kepenatan yang amat. Sedar-sedar je dah ada depan tiger cave.
Posing dulu depan Tiger Cave
Jalan dalam sikit jumpalah patung tiger ni
Step to top mountain. Ko mampu???
Hahahaha mestilah tak mampu. Setakat bergambar je boleh la. Anak tangga ni lebih banyak dari tangga kat batu caves. So tunggu bawah je lah sambil tangkap-tangkap gambar.
Ape pon tempat nie memang terkenal diantara pelancong. Tapi tak sempat lagi nak baca sejarah wujudnya temple cave nie... Heee
Pemandangan sekitar Tiger Cave
Kat sini diberi masa dalam sejam setengah untuk sesiapa yang nak menaiki bukit 1237 anak tangga..
So masa diberi sangat mencukupi. Yang tak naik, lepak-lepak je la kat bawah tuh sambil makan ais cream.
Nyummm nyummm..carnetto 2 pcs :45 baht je
4 & 5) Elephant trackking & Baby elephant show
Kedua-dua aktiviti adalah tempat yang sama rupanya. Ingatkan lain-lain tempat.. Huhu.. Perjalanan ke sini dari tiger cave cuma dalam 15min je.. Tempat di terletak dalam kebun kelapa sawit.
Sampai-sampai jer, kitaorang terus dihidangkan dengan baby show elephant. Pandai elephant ni dah dilatih dari lahir kot.

Dah habis baby show dalam 10min, turn kitaorang plak naik gajah! Yeayy tak sabar dah nak naik.
Ni tempat permulaan naik elephant trackking
Hu'yaa..hu'yaa... (go..go..)
Tuh la ayat yang diucapkan oleh driver gajah tuh kepada elephant tersebut. Nasib orangnya friendly dan baik. Trackking untuk gajah ni agak mencabar gak sebab naik turun bukit dan jalan lecah dan teruk.(kesian gak kat gajah tu...)
Atas gajah. Hubby jadi pemandu gajah plak
Semua aktiviti nie berakhir dalam pukul 5.30pm. Cukup one day tour seperti yang telah dijanjikan. Memang best dan enjoyyyy sgt!
Untuk aktivit malam ni plak, sambung untuk entry terakhir di krabi dan thailand....
No comments:
Post a Comment