Thursday, 6 February 2014

Visit Krabi : Part 2 Aonang beach

Sebelah petangnya pula, kami naik motor jalan-jalan pantai Aonang. Singgah sebentar minum coconut shake dengan manggo shake kat tepi pantai..Sedappp! 


    Coconut and manggo shake


Kami teruskan perjalanan hingga ke hujung pantai. Mulanya kitaorang salah simpang dan berpatah balik. On the way blik, kami jumpa satu simpang ke satu pantai yang tak tahu apa nama pantainya. Dengan gagahnya teruskan gak. Perjalanan dalam 7km dan sunyi gak. Akhirnya sampai gak ke pantai tersebut. Dalam bahas thailand.

    Haa silakan terjemahkan. Ni la pantainya.

    Sunset

Selesai tengok sunset, dah maghrib. Perut pon dah kelaparan, apa lagi, misi mencari makanan seafood memalam nie.. Hee.

Pusing-pusing punya, akhirnya jumpa gak satu restoren makanan halal. restoren Lemon. 
Makanan kat sini berpatutan dan sedap. Menu-menunya adalah:

1) ikan bintik masak merah

2) Tom yam campur


3) Tiram masak garlic and cheese (special)



4) Somtam


5) Kerang Bakar
6) 2 pinggan nasi putih
3) 2 gelas air 

Total semua hanya dalam 970baht (MYR 97). Standard la.. Makanan fresh dan sedap. Sangat puas hati dan boleh di recommend kan kepada sesiapa yang nak makan kat sini.

Lepas dah kekenyangan, kitaorang pon siap-siap la nak pergi ke Krabi Town. Saja nak tengok suasana kat sana. Sebelum pergi, isi minyak dulu 20baht je. 

Isi minyak dulu 20baht

Perjalanan diteruskan, tapi malangnya hasrat terpaksa dibatalkan sebab, perjalanan ke sana sangat sunyi dan menyeramkan. Huhu. Tak berani la.. Haha... Ondaway balik, singgah beli buah mangga dengan buah longan nak bawa balik Malaysia. 

Settle hantar barang kat hotel, misi mencari rumah urut plak. Orang kata kalau pergi krabi, tak sah kalau tak pergi massage. Jalan punya jalan, jumpa lah satu massage nie. Massage refleksologi dengan massage thai hanya 250 baht sahaja (MYR 25).

Jam pon dah menunjukkan pukul 10.30pm.. Rata-rata kedai kat sini tutup pukul 11pm. So ada masa sikit ni, kitaorang pon jalan-jalan cuci mata dengan beli souvenir skit....

Balik hotel siap-siap dan tidur. Esok nak bangun awal pagi untuk aktiviti seterusnya iaitu Krabi Nature Tour. So jumpa entry seterusnyaaa... Tata









No comments:

Post a Comment