Sunday, 2 February 2014

Visit Krabi : Part 1 Patong, Phuket ~ Aonang, Krabi


Seawal 7.45am, kitaorang dah siap-siap tunggu minivan nak transer to Krabi. kitaorang disuruh tunggu kat Green Mango tepi jalan sebab minivan tuh tak dapat masuk kedalam guesthouse.

Sambil tunggu minivan pick-up kami. 

Namun, diaorang sampai dekat pukul 8.20am disebabkan diaorang amik kami penumpang yang paling last. Takpelah janji datang dari tak datang kan. Tambang minivan dari phuket ke krabi hanya 600baht (RM60) seorang. Okaylah dari naik bus sesak dan agak susahkan diri gak.

Perjalanan ke Krabi Town hanya mengambil masa dalam 3 jam sahaja. Lebih kurang 170km sahaja. macam KL ke Perak je kot. Sepanjang perjalanan tak membosankan pon sebab suasana jalan pon macam jalan kampung yang kehijauan. 

Lebih kurang pukul 10.00am, minivan berhenti sekejap kat restoren tepi jalan je. Tak hentian RnR macam kat Malaysia nie. Kat sini, ramai gak minivan-minivan yang berhenti untuk ke toilet dan makan. kitaorang makan buah jer. Sebiji buah mangga sepeket hanya 200 baht je. berbalaoi sgt.

Haa tepi tuh la buah-buahan 200 baht


Posing dengan minivan membawa kami ke Krabi

Lebih kurang dalam 30min, perjalanan diteruskan lagi ke Krabi Town. Dari check point ini, perjalanan lebih kurang 67 km jer. Nak dekat sampai dah tuh.

Pukul 11.30am, barulah sampai kat Krabi Town. Rupanya, kat sini kene transit ke Aonang plak. Dan kat sini gak, kita boleh amik pakej apa yang nak untuk aktiviti esok. So apa lagi, malas nak pikir-pikir lagi terus amik pakej kat sini. Pakej yang amik kat sini:

1) Airport Transfer : 800 baht ( private ambil pukul 5.30am tuu)
2) Krabi nature Tour : 1500 x 2 : 3000baht ( hot spring, emerald pool, tiger cave, elephant tracking, baby elephant show)

Saya tau, ada yang boleh dapat lagi murah dari harga ini, tapi kita kene play safe. janji hati tenang dan tak payah nak pikir sangat kan.

Lepas dah selesai semua pakej nie, transer minivan yang akan anta ke Aonang pon sampai. Hanya kami berlapan je dalam tuh. 

Akhirnya sampai juga kitaorang kat Hotel Goodwill kami yang di tempah di Agoda.com. Sangat berbaloi-baloi dan puas hati. Kalau tak silap, hotel nie rating 8.7 kat booking.com

Masa register masuk hotel, hubby terus booking motor untuk sehari 250baht.Masa nak booking, kita kene exchange dengan passport sebagai cagaran. Ada gak tanya, kalau bayar duet tak boleh ke? Dia jawab boleh. Kene bayar 60000baht (RM6k). Macam beli sebijik motorla katanya.. Pheww~~

Dihadapan Goodwill hotel bersama dengan motor yang disewa 250baht sehari

Check in masuk hotel, anta beg dan terus-terus keluar cari makan. Kelaparan yang teramat since pagi tak makan lagi. So, round-round, jumpalah restoren Chaba ni. Ada gak survey kat blog kate restoren nie famous dan sedap. Yup memang sedap dan puas hati..


Nasi siam terbaik dan harga berpatutan. SEDAP dan highly recommend.

Selesai makan, jalan-jalan sepanjang pantai Aonang. survey dulu mana boleh pergi kan. Lastly, dapat gak port cantik nak bergambar..Pantai Aonang~~

Pantai Aonang, Krabi, Thailand

Hehe. KRABI THAILAND aku sudah sampai !

Dah puas bergambar, kita shopping dulu kat pantai Naphorat Beach

Kedai nie murah dan berpatutan. Beli t-shirt krabi, seluar dan selipar. Semua 700baht

Dah settle shopping, balik hotel mandi-mandi dan tidur untuk meneruskan perjalanan ke pantai Aonang petangnya.

Kita update lain entry kay.... Daa~








No comments:

Post a Comment