Assalamualaikum...
Sebenarnya dah lama sangat nak upload entry holiday ke Australia bulan 6 tahun 2013, tahun lepas punya memories. Tapi memandangkan time tuh blog nieh pon tak wujud lagi, so tergendala la nak menguploadnya. Lagipon, kalau tunggu punya tunggu.. Lagi banyak lagi nak upload pasal kitaorang punya holiday..hehehe..
Okeh, tujuan utama kitaorang adalah nak pergi memeriahkan lagi convocation adik yang bongsu,Amir yang telah berjaya menamatkan pengajian kat sana selama 4 tahun dalam jurusan Mechanical Engineering. Alhamdulillah tertunai juga hajat mak dan ayah nak tengok anak last dia konvo. Actually, planning nak pergi Australia nie dari adik berada dalam tahun ke2 lagi... Tapi memandangkan masa tak mengizinkan, terpaksa ditangguhkan ke konvo nya sahaja...
Sebaik kitaorang tahu je tarikh convocationnya, terus kitaorang booking tiket flight. Tarikh convocation adik pada 13 June 2013, tapi kitaorang beli tiket ke Gold Coast dulu, then baru ke Sydney Australia. Orang kata 'sambil menyelam, minum air'. Oh ya.. Percutian ini tanpa agent dan semuanya telah diaturkan oleh adik yang tahu selok belok Gold Coast dan Sydney. Yang dapat join holiday ni adalah semua kecuali en hubby dan angah :( ( takpe, ada rezeki kita pergi berdua ye b..)
09 June 2013
Penerbangan Air Asia kitaorang pukul 10.10am pagi. Firstly, check in bag.. Masa check in beg ni terlebih kg plak. Terpaksa bayar lebih dalam RM60..
Check-in luggage
Buku merah jangan lupa bawa...lalalalala~~
Masing-masing muka happy jer nak fly sebentar lagi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast mengambil masa lebih kurang 8 jam. Agak lama dan membosankan tapi hati tengah girang sebab nak holiday!!
Sampai Gold Coast international Airport lebih kurang jam 8pm waktu Australia. Time kitaorang sampai ni dah winter, so suhu around 20 degree dan masa adalah awal 2 jam dari waktu Malaysia. Then, terus ambil Gold Coast Cab ke apartment yang dah di booking awal-awal iaitu Anacapri Apartment. Sampai apartment, terus makan, mandi, solat and tidur.
Excited untuk aktiviti hari esok.. Tunggu entry Part 2 seterusnya...k