bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H (15 Oktober 2013).. kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang mengenali kami. Mohon maaf Zahir dan Batin..
![]() |
Salam Aidil Adha 1434H |
Raya AidilAdha ataupun dipanggil Raya Qurban atau Raya Haji diraikan pada hari ke 10,11,12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah AllahSWT.
Alhamdulillah tahun nie first time dapat berhari raya Aidiladha suami isteri kat rumah mak mertua I di Sg Siput. Dapat tengok macam mana suasana berhari raya di Kampung. Semua adik beradik hubby balik kampung and berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah suasana hari raya dah ada...
Bangun pagi macam biasa, breakfast and pergi sembahyang sunat Aidiladha..Balik dari surau area rumah je, siap-siap tukar baju and terus ke surau semula untuk menjalankan ibadah Qurban. Tahun nie surau menyembelih 3 ekor lembu sahaja. Then my brother in law. Abg Sham, masuk akikah anaknya yang kedua, Nur Zahra Umairah (3 bulan ).
Ibadah Qurban di Perlop 3, Sg Siput (U) |
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Suasana hari raya Qurban kat sini still ada orang datang berhari raya, kunjung mengunjung and ziarah menziarahi. My mother in law masak Laksa, rendang ayam dan lemang untuk dihidang kepada tetamu. Lastly dapat jugak makan Sup tulang koboi dari surau tadi..
Blurrpp Alhamdulillah kenyang...
No comments:
Post a Comment