Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur kehadrat Ilahi, Hari ini genaplah I berumur 26thn 30 Oktober 2013..
Tahun ini juga 1st time sambut birthday sebagai seorang isteri. Tahun-tahun sebelum nie sambut sebagai couple dengan tunang je.. tp Alhamdulillah tahun nie special skit dapat sambut birthday dengan suami tercinta.
Sambutan tahun nie special sebab hubby bawa makan seafood kat Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara Klang.
Oh ya, sempena menyambut hari kelahiran I, mak pesan berpuasalah pada hari jadi sendiri and berdoa supaya apa yang dihajati akan termakbul. InsyaAllah..So Alhamdulillah I berjaya berpuasa pada hari ini gak.
Sebenarnya, I tak ingat nak berpuasa hari ni, tapi nasib baik mak ingatkan and I terus niat and berpuasa walaupun tak bersahur.
So untuk berbuka puasa hari nie, Hubby cakap makan je nak makan apa.. janji sayang kenyang.. HeHeHe... apa lagi, so I orderlah macam-macam yang I nak... (nafsu berbuka puasa)
Menu yang I order untuk 2 orang makan saja :
1) Ikan Siakap masak 3 rasa
2) Ikan Pari Bakar Cili
3) Sotong Goreng
4) Udang masak kunyit
5) Sayur Campur
6) Nasi Putih x2
7) Tembikai Laici
8) Fresh Orange
Sementara tunggu makanan sampai, hubby sempat lagi membeli sepotong kek Indulgence Secret Recipe awal-awal lagi. Yummmyyy.. sedapppp! Thank you b...
Sayangnya, b lupa nak mintak lilin.. kekekeke... takpe lah yang. Janji ade sepotong kek pon dah bersyukur.
Ha...Layan gambar-gambar kami berdua...
Kek sebagai Icon Birthday Gurl :P |
Taddaaaaaa..my Day . my Menu |
Hubby Kekenyangan. Perabis makanan. Keke |
Alhamdulillah semua makan berjaya dihabiskan kami berdua walaupon ada sikit je tak larat nak dihabiskan. Kekenyangan yang teramat.
So mesti uollss semua nak tahu total bill untuk makan malam hari nie...
Total nya cuma...... RM97 sahaja..
Sangat-sangat berbaloi dan kenyang sangat...
Then, masuk-masuk je dalam kereta, hubby bagi suprise bufday present plak... Hubby hadiahkan perfume DKNY Limited Edition Golden..
Terima Kasih En suami kerana menghadiahkan perfume nie.
Yess... THANK YOU SOOO MUCH DEAR HUBBY...Muaahhhhhhh. Luv U!
So, bercerita tentang isi kandungan Kad bufday tuh, ada sepotong ayat yang membuatkan I terharu and hampir mengalirkan air mata sebenarnya.. ayatnya berbunyi begini...
" ALLAH S.W.T sedang menguji kita, jangan sedih-sedih, yang penting kita terus berusaha, berdoa dan tawakkal "
InsyaAllah b.. sayang akan ingat kata-kata b ini. Semoga kita tabah menghadapi ujian yang Allah beri ini sama-sama, and tawakkal kepada Allah. Sebab Allah dah aturkan hidup kita, yang penting kita berusaha,doa dan tawakkal kepadaNya. InyaAllah.
Thank you b for being such a wonderfull husband yang baik and tak ada sesiapa yang lebih baik dari b....
Love you forever and ever till Jannah. Thank you also for being right beside me whenI really-really need you..
P/s:
Sempena Hari Kelahiranku yang ke 26thn, disini I nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang yang paling saya sayangi :
1) Mak saya, Fatimah Bt Hassan Nawawi - yang telah melahirkan saya kedunia, telah menjaga, mendidik dan menjadikan saya manusia yang berguna sehingga hari ni. yang paling penting DOA ibu paling mujarab. Yang tak pernah-pernah berhenti berdoa untuk anak-anaknya. You are the Greatest Mother I ever had.
2) Ayah saya, Ahmad Suhaimi B Abd Rahim - yang telah mendidik saya dari kecil, memberi pendidikan yang secukupnya, tunjuk ajar yang berguna sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah. Walaupon ayah garang... Farah tetap sayang ayah. Sunyi kalau tak dengar ayah berleter... kekeke. Ingat lagi kata-kata ayah.. Ayah tak tinggalkan harta, tapi ayah tinggalkan ILMU untuk kamu bawa ke masa hadapan nanti. InsyaAllah..
3) Suami saya, Zunaidi B Dzulkifle - Seorang suami yang sangat-sangat penyabar dengan karenah isterimu ini, baik hati, kalau marah suke diam (tak suke sikap ni) and paling penting We love each other so much.
InsyaAllah, pasni sayang akan jadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada B, mari sama-sama kita berusaha untuk membawa kehidupan bersama dipermudahkan dan akhir sekali sama-sama berdoa agar hubungan kita berkekalan hingga keakhir hayat..InsyaAllah.....
Last but not least, doakan saya diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dan cepat-cepat sembuh... Amin
Sebenarnya banyak lagi kata-kata yang tak terucap. dan panjang lebar ni. Kita berhenti dulu untuk entry tahun depan pulak 27thn.. InsyaALLah...
Assalamualaikum semua..
No comments:
Post a Comment