Oklah sambung cerita I okay....
Balik dari Island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Memutik dalam pukul 2.30 ptg, kitorang rehat dan sembahyang semua, kitaorg teruskan perjalanan untuk melihat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Jangan tak tahu, bandaraya Kota Kinabalu nie pon banyak tempat yang boleh dilawati. Bukan setakat pergi ke Kundasang dengan Jeselton Point je, banyak lagi yang boleh kita lawati. Diantaranya :
1) Menara Atkinson Clock Tower
2) Signal Hill Observatory Platform
3) Masjid Negeri Sabah
4) Menara Tun Mustafa
5) Perdana Park, Tj Aru
Haa.. banyakkan.. semua kat atas nie semua FREE and tak perlu bayaran pon nak masuk. Nia antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
1) Menara Atkinson Clock Tower
Menara jam ini dibangun untuk memperingati mendiang Francis George Atkinson, pejabat distrik pertama Jesselton yang meninggal karena penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Desember 1902. Ibunya, Nyonya Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di kota Jesselton sebagai penghormatan bagi ingatan terhadap anaknya. Struktur ini akhirnya berhasil diselesaikan pada 20 April 1905. Sebuah jalan ini dinamakan sempena nama Francis George Atkinson yaitu Atkinson Drive (kini dikenal sebagai Jalan Istana) yang menghubungkan Jalan Tuaran dan pusat Kota Kinabalu.
@ Menara Jam Atkinson |
Sejarah dia |
2) Signal Hill Observatory Platform
Signal Hill ini merupakan point tertinggi di bandar Kota Kinabalu dan merupakan tempat menarik melihat seluruh bandaraya KK.
Berlatarbelakangkan Taman Laut Tunku Abdul Rahman |
Sunset at Kota Kinabalu |
Gambar di kala Maghrib - Subhanallah |
Masjid nie dikenali juga sebagai City Mosque Sabah. Kebetulan sampai kat Masjid Negeri Sabah ni waktu dah Maghrib. So Keindahan Masjid nie terserlah dibandingkan pada waktu malam. Cantik sangat.
At least dah sampai |
4) Menara Tun Mustafa
Formerly known as the Sabah Foundation Building, this circular tower of steel and glass stands 30 storeys high in the Likas Bay area and is instantly recognizable as a Sabah icon. It has a central core with steel brackets supporting each floor. When completed in 1977, it was one of the three such buildings in the world based on this design concept.
Kitaorang singgah sini dah malam, So tak berapa nampak keindahan Menara ni. Mengikut info yang dibaca, Menara nie kira kemegahan bagi negeri Sabah nie la. Kalau kat KL, menara KLCC la menjadi kemegahan kita.. btul tak? hehe
Kat sini boleh saksikan air pancut berirama. Bukak setiap malam sahaja tau. Bila lagu dimainkan, air pancut ni akan mengikut irama dalam perbagai bentuk dan irama. Cantik dan happening sangat. Sangat enjoy walaupon tengok air pancut je pon.
Perdana park nie dalam 9.30 dah tutup dah. Kitaorang datang lewat tp sempat gak la dengar 2 lagu. Penutup untuk air pancut berirama nie diakhiri dengan lagu Negeri Sabah.
Info: Parking ke Perdana park ni dikenakan bayaran.
Perdana Park, Tanjung Aru |
Berlatar belakangkan Air Pancut berirama |
Itu sahaja lah tempat-tempat menarik yang sempat kitaorg lawati. InsyaAllah, ade rezeki lagi kitaorang akan melawat Sabah lagi bawak family and anak-anak jugak. InsyaAllah.Amin
Flight kitaorg esoknya pagi pukul 7.20am pagi naik MAS. So kene balik awal, kemas barang and bangun awal pagi....
Dalam Lobby sebelum berlepas ke Kuala Lumpur |
Dalam Flight - Free Breakfast Nasi Lemak |
Bye- bye Sabah.. We will miss you FOR EVER n EVER. Muahhhhhhh!
Pissttt: Tengah hari nie kitaorang akan ke First world Resort Genting Highland plak bermalam satu malam disana.. InsyaAllah. Nanti I akan update untuk next update kay...Doakan perjalanan I and my hubby selamat sampai and pergi. Our next Budget holiday..!
Sehingga bertemu lagi.... Bye.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment