Thursday, 31 October 2013

I'am officially 26th years old

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Syukur kehadrat Ilahi, Hari ini genaplah I berumur 26thn 30 Oktober 2013..
Tahun ini juga 1st time sambut birthday sebagai seorang isteri. Tahun-tahun sebelum nie sambut sebagai couple dengan tunang je.. tp Alhamdulillah tahun nie special skit dapat sambut birthday dengan suami tercinta.

Sambutan tahun nie special sebab hubby bawa makan seafood kat Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara Klang.

Oh ya, sempena menyambut hari kelahiran I, mak pesan berpuasalah pada hari jadi sendiri and berdoa supaya apa yang dihajati akan termakbul. InsyaAllah..So Alhamdulillah I berjaya berpuasa pada hari ini gak.
Sebenarnya, I tak ingat nak berpuasa hari ni, tapi nasib baik mak ingatkan and I terus niat and berpuasa walaupun tak bersahur.

So untuk berbuka puasa hari nie, Hubby cakap makan je nak makan apa.. janji sayang kenyang.. HeHeHe... apa lagi, so I orderlah macam-macam yang I nak... (nafsu berbuka puasa)

Menu yang I order untuk 2 orang makan saja :
1) Ikan Siakap masak 3 rasa
2) Ikan Pari Bakar Cili
3) Sotong Goreng
4) Udang masak kunyit
5) Sayur Campur
6) Nasi Putih x2
7) Tembikai Laici
8) Fresh Orange


Sementara tunggu makanan sampai, hubby sempat lagi membeli sepotong kek Indulgence Secret Recipe awal-awal lagi. Yummmyyy.. sedapppp! Thank you b...
Sayangnya, b lupa nak mintak lilin.. kekekeke... takpe lah yang. Janji ade sepotong kek pon dah bersyukur.

Ha...Layan gambar-gambar kami berdua...


Kek sebagai Icon Birthday Gurl :P


Taddaaaaaa..my Day . my Menu (MUahahahaha)


Hubby Kekenyangan.
Perabis makanan. Keke
Alhamdulillah semua makan berjaya dihabiskan kami berdua walaupon ada sikit je tak larat nak dihabiskan. Kekenyangan yang teramat. 

So mesti uollss semua nak tahu total bill untuk makan malam hari nie...
Total nya cuma...... RM97 sahaja.. 

Sangat-sangat berbaloi dan kenyang sangat...


Then, masuk-masuk je dalam kereta, hubby bagi suprise bufday present plak... Hubby hadiahkan perfume DKNY Limited Edition Golden..

Terima Kasih En suami kerana menghadiahkan perfume nie. 
Yess... THANK YOU SOOO MUCH DEAR HUBBY...Muaahhhhhhh. Luv U!


26th Birthday Card wish & DKNY Golden Perfume Limited Edition
So, bercerita tentang isi kandungan Kad bufday tuh, ada sepotong ayat yang membuatkan I terharu and hampir mengalirkan air mata sebenarnya.. ayatnya berbunyi begini...

" ALLAH S.W.T sedang menguji kita, jangan sedih-sedih, yang penting kita terus berusaha, berdoa dan tawakkal "

InsyaAllah b.. sayang akan ingat kata-kata b ini. Semoga kita tabah menghadapi ujian yang Allah beri ini sama-sama, and tawakkal kepada Allah. Sebab Allah dah aturkan hidup kita, yang penting kita berusaha,doa dan tawakkal kepadaNya. InyaAllah.

Thank you b for being such a wonderfull husband yang baik and tak ada sesiapa yang lebih baik dari b....
Love you forever and ever till Jannah. Thank you also for being right beside me whenI really-really need you..

P/s: 

Sempena Hari Kelahiranku yang ke 26thn, disini I nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang yang paling saya sayangi : 

1) Mak saya, Fatimah Bt Hassan Nawawi - yang telah melahirkan saya kedunia, telah menjaga, mendidik dan menjadikan saya manusia yang berguna sehingga hari ni. yang paling penting DOA ibu paling mujarab. Yang tak pernah-pernah berhenti berdoa untuk anak-anaknya. You are the Greatest Mother I ever had.

2) Ayah saya, Ahmad Suhaimi B Abd Rahim - yang telah mendidik saya dari kecil, memberi pendidikan yang secukupnya, tunjuk ajar yang berguna sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah. Walaupon ayah garang... Farah tetap sayang ayah. Sunyi kalau tak dengar ayah berleter... kekeke. Ingat lagi kata-kata ayah.. Ayah tak tinggalkan harta, tapi ayah tinggalkan ILMU untuk kamu bawa ke masa hadapan nanti. InsyaAllah..

3) Suami saya, Zunaidi B Dzulkifle - Seorang suami yang sangat-sangat penyabar dengan karenah isterimu ini, baik hati, kalau marah suke diam (tak suke sikap ni) and paling penting We love each other so much.
InsyaAllah, pasni sayang akan jadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada B, mari sama-sama kita berusaha untuk membawa kehidupan bersama dipermudahkan dan akhir sekali sama-sama berdoa agar hubungan kita berkekalan hingga keakhir hayat..InsyaAllah.....
Last but not least, doakan saya diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dan cepat-cepat sembuh... Amin


Sebenarnya banyak lagi kata-kata yang tak terucap. dan panjang lebar ni. Kita berhenti dulu untuk entry tahun depan pulak 27thn.. InsyaALLah...


Assalamualaikum semua..











Monday, 21 October 2013

Percutian Budget ke Kota Kinabalu

Haa.. mesti uolls tak sabarkan nak tahu berapa total yang telah di belanjakan di Sabah selama 4 hari 3 malam disana. Ni kira percutian budget gak la sebab motif utama adalah.. Asal dah pijak bumi borneo untuk pertama kali nie pon dah berasa bersyukur sangat tau... Ok kita tengok dulu berapa RM yang telah kami berdua belanja kan :

Day 1
KTM Komuter - RM5.00
Aerobus - RM 20
Lunch LCCT - RM 22.50
Drink - RM 4.10
Supermarket - RM 24.70
Shell - RM 50
Mutiara - RM90
Dinner - RM 18
Ubat + Milo - RM 5.60
Amplang + Cincin - RM 38
Toilet - RM0.30
Kereta - RM 325
Hotel - RM251.70
Total - RM 854.90
Day 2 
Shell - RM 60
Rumah Terbalik - RM 20
Souvenier - RM 9.37
Kinabalu Park+Poring - RM 6.00
Desa Tenusu - RM 8.00
Souvenier - RM 12.50
Kundasang War - RM 4
Conapy Walk - RM 11
Mineral G. Pisang - RM 4
The Drink BOH - RM 4.40
The Boh - RM 12.80
Tagal Morali - RM 13
Dinner - RM150
Mutiara + Pin - RM163
Total = RM 476.07
Day 3 
Breakfast - RM 11.50
Island Tour - RM 100
Ikan Masin - RM 70
Souvenier - RM28
Dinner - RM33
Perdana Park - RM 1
Total : 243.50
Overall Expenses at KK - RM 1574.40
External Expenses :
Air Asia - RM 458
MAS - RM 132
Deposit Return - RM 135
Grand Total inc Flight Tix :  RM 2141.40 - RM 135 = RM 2006


Kesimpulannya, total RM2006 nie sahaja lah yang dihabiskan untuk berholiday kat sabah... Murah kan?? haha tak ade lah murah sangat tapi berbaloila.. and masih didalam range lagi...

Sunday, 20 October 2013

Genting Highland. Budget but enjoy!

Fuhhh...

Penat baru balik dari Genting petang tadi pon tak hilang lagi.. walaupon bermalam satu malam je kat Genting , tapi tetap best and enjoy!

Kenapa I cakap budget? haa... sebab I dapat book hotel dari Groupon cuma RM78 satu malam kat Hotel First World Hotel and Resort. Promotion nie untuk Standard Room je.. maksudnya hanya 2 katil single. Tapi okay lah. merasa gak la tido hotel kat genting ni kan.. kalau nak harapkan normal price, dalam mimpi je kot. Apa pon.. Alhamdulillah.

Perjalanan bermula jam 12.15pm. Bertolak dari Komuter Shah Alam ke KL Sentral. Dari KL Sentral naik bus Genting pukul 2.30pm. Haa part nie tak best nie. Dalam tiket cakap pukul 2, kitaorg sampai pkul 1.50pm tengok tak ada orang tunggu. Tanya orang arrange bus tuh cakap, bus dah bertolak. Tipu giler Ok! huh...


Hubby time tunggu bus

Sementara tunggu bus, lunch McD dulu


Tak pe lah.. janji sampai Genting. Hati kene happy kan.. poyo. haha.. Sampai Cable car around 3.25pm. Perjalanan mengambil masa dalam 50minit sahaja. Cuaca pon tak berapa nak elok sebab hujan and kabus tebal. Tapi sempat gak berposing...hehe

Bergambar je.. Theme park tutup for renovation for 2 years

Our hotel time malam : )

Malamnya pula cuma bershopping and cuci mata kat Plaza First World nie. Sempat la beli cardigan kat Padini dengan shawl dari bonita, Sale beb. hehe. Then kitaorang decided untuk watch midnite movie cerita Insidious chapter 2... Layannnn. First time tengok wayang kat Genting :P

Cerita.. boley laaa...


Ha sempat gak posing alala korean x? 

Tuh ajelah aktiviti untuk malam pertama...Balik hotel dalam pukul 1 pagi.. ENJOY!

Next morning woke up and siap-siap untuk check out. Kitaorang checkout pukul 11am then terus naik cable car. Sampai kat bawah around 11.30am terus cari tiket bus ke KL Sentral pukul 12pm.


Sempat jugak beli photo Cable car RM35. Buat kenangan.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah pukul 2.30pm. Alhamdulillah segala perjalanan pergi dan balik semua dipermudahkan. Lepas nie tak tau plak kemana destinasi seterusnya.. tunguuuuu!







Friday, 18 October 2013

Final part :Tempat menarik di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Fuhh dah masuk ke entry 5 dah nie.. hopefully nie yang terakhir nak ceritakan pasal entry kitorang ke Sabah hari itu. Dah panjang lebar dah nie... hope korang enjoy baca blog I and dapat la sedikit sebanyak infomation kepada blogger lain yang akan berkunjung ke Sabah nanti... InsyaAllah.

Oklah sambung cerita I okay....

Balik dari Island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Memutik dalam pukul 2.30 ptg, kitorang rehat dan sembahyang semua, kitaorg teruskan perjalanan untuk melihat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Jangan tak tahu, bandaraya Kota Kinabalu nie pon banyak tempat yang boleh dilawati. Bukan setakat pergi ke Kundasang dengan Jeselton Point je, banyak lagi yang boleh kita lawati. Diantaranya :

1) Menara Atkinson Clock Tower
2) Signal Hill Observatory Platform
3) Masjid Negeri Sabah
4) Menara Tun Mustafa
5) Perdana Park, Tj Aru

Haa.. banyakkan.. semua kat atas nie semua FREE and tak perlu bayaran pon nak masuk. Nia antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

1)  Menara Atkinson Clock Tower
Menara jam ini dibangun untuk memperingati mendiang Francis George Atkinson, pejabat distrik pertama Jesselton yang meninggal karena penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Desember 1902. Ibunya, Nyonya Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di kota Jesselton sebagai penghormatan bagi ingatan terhadap anaknya. Struktur ini akhirnya berhasil diselesaikan pada 20 April 1905. Sebuah jalan ini dinamakan sempena nama Francis George Atkinson yaitu Atkinson Drive (kini dikenal sebagai Jalan Istana) yang menghubungkan Jalan Tuaran dan pusat Kota Kinabalu.



@ Menara Jam Atkinson



Sejarah dia

2) Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill ini merupakan point tertinggi di bandar Kota Kinabalu dan merupakan tempat menarik melihat seluruh bandaraya KK.



Berlatarbelakangkan Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Sunset at Kota Kinabalu
3) Masjid Negeri Sabah

Gambar di kala Maghrib - Subhanallah
Masjid nie dikenali juga sebagai City Mosque Sabah. Kebetulan sampai kat Masjid Negeri Sabah ni waktu dah Maghrib. So Keindahan Masjid nie terserlah dibandingkan pada waktu malam. Cantik sangat.


At least dah sampai

4) Menara Tun Mustafa


Formerly known as the Sabah Foundation Building, this circular tower of steel and glass stands 30 storeys high in the Likas Bay area and is instantly recognizable as a Sabah icon. It has a central core with steel brackets supporting each floor. When completed in 1977, it was one of the three such buildings in the world based on this design concept.

Kitaorang singgah sini dah malam, So tak berapa nampak keindahan Menara ni. Mengikut info yang dibaca, Menara nie kira kemegahan bagi negeri Sabah nie la. Kalau kat KL, menara KLCC la menjadi kemegahan kita.. btul tak? hehe



5) Perdana Park, Tanjung Aru

Kat sini boleh saksikan air pancut berirama. Bukak setiap malam sahaja tau. Bila lagu dimainkan, air pancut ni akan mengikut irama dalam perbagai bentuk dan irama. Cantik dan happening sangat. Sangat enjoy walaupon tengok air pancut je pon.
Perdana park nie dalam 9.30 dah tutup dah. Kitaorang datang lewat tp sempat gak la dengar 2 lagu. Penutup untuk air pancut berirama nie diakhiri dengan lagu Negeri Sabah.

Info: Parking ke Perdana park ni dikenakan bayaran.


Perdana Park, Tanjung Aru

Berlatar belakangkan Air Pancut berirama

Itu sahaja lah tempat-tempat menarik yang sempat kitaorg lawati. InsyaAllah, ade rezeki lagi kitaorang akan melawat Sabah lagi bawak family and anak-anak jugak. InsyaAllah.Amin

Flight kitaorg esoknya pagi pukul 7.20am pagi naik MAS. So kene balik awal, kemas barang and bangun awal pagi....

Dalam Lobby sebelum berlepas ke Kuala Lumpur

Dalam Flight - Free Breakfast Nasi Lemak

Bye- bye Sabah.. We will miss you FOR EVER n EVER. Muahhhhhhh!


Pissttt: Tengah hari nie kitaorang akan ke First world Resort Genting Highland plak bermalam satu malam disana.. InsyaAllah. Nanti I akan update untuk next update kay...Doakan perjalanan I and my hubby selamat sampai and pergi. Our next Budget holiday..!

Sehingga bertemu lagi.... Bye. 

Assalamualaikum












Salam Aidiladha 1434H

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013 

bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H (15 Oktober 2013).. kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang mengenali kami. Mohon maaf Zahir dan Batin..


Salam Aidil Adha 1434H

Raya AidilAdha ataupun dipanggil Raya Qurban atau Raya Haji diraikan pada hari ke 10,11,12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah AllahSWT.



Alhamdulillah tahun nie first time dapat berhari raya Aidiladha suami isteri kat rumah mak mertua I di Sg Siput. Dapat tengok macam mana suasana berhari raya di Kampung. Semua adik beradik hubby balik kampung and berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah suasana hari raya dah ada...

Bangun pagi macam biasa, breakfast and pergi sembahyang sunat Aidiladha..Balik dari surau area rumah je, siap-siap tukar baju and terus ke surau semula untuk menjalankan ibadah Qurban. Tahun nie surau menyembelih 3 ekor lembu sahaja. Then my brother in law. Abg Sham, masuk akikah anaknya yang kedua, Nur Zahra Umairah (3 bulan ).


Ibadah Qurban di Perlop 3, Sg Siput (U)


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Suasana hari raya Qurban kat sini still ada orang datang berhari raya, kunjung mengunjung and ziarah menziarahi. My mother in law masak Laksa, rendang ayam dan lemang untuk dihidang kepada tetamu. Lastly dapat jugak makan Sup tulang koboi dari surau tadi.. 

Blurrpp Alhamdulillah kenyang...



Wednesday, 16 October 2013

Keperluan 1 : TV LED Panasonic 39'

Alhamdulillah...

Hari ini berjaya beli sebuah TV LED Panasonic 39' kat Aeon Mid Valley. Sekarang tengah buat promosi dari 1 Oct - 30 Oct 2013. So ape lagi kitorang ambil peluang nie untuk beli sedikit demi sedikit barang keperluan untuk rumah baru nanti di Seri Kayan.

So berbalik pada TV nie, Normal Price RM1499. Promotion price dapat RM1299.Murah RM200. Then I amik Ansuran Citibank untuk 6 bulan. So monthly RM216.50 without interest (0% interest). Okaylah kan. Ibarat beli macam biasa, cuma boleh bayar sikit-sikit kan??

Proses Ansuran 6 bulan - RM216.50

TQ Citibank-  habiskan duet aku!

Alhamdulillah... dan ni lah TV nye.................


TV Panasonic LED 39'

Manufacture date 2013. And new features die boleh main movie hanya dengan menggunakan pen drive sahaja. Cool kan??

INFO:

Hari Ahad harituh dah beli Home theater DVD Panasonic dengan harga promosi RM694. Lihat entry sebelum nie..





Sunday, 13 October 2013

Gurlss day out!!! - ipoh

Alhamdulillah.... Kenyang...

Saje je bagi intro macam tuh..Hehe sebenarnya just nak bgtau kitorang baru je lepas makan malam kat Medan Selera Dato Tahwil Azar. Medan selera nie terletak kat area Bandaraya Ipoh. So makan dia pon OK sedap and Murah. Untuk 4 orang makan, RM39. Menu dia Lamb chop, Beef chop, Nasi goreng Ayam dengan Sotong Kangkung and 4 gelas air. 


nia dia medan selera nya....



odw pas tgk wayang.

Okay flash back balik, sebelum pergi makan dekat sini, kitorang pergi tengok wayang kat TGV Aeon Station 18 Ipoh cerita Escape Plan. 


Tiket Wayang untuk FARAH.ZUNAIDI.FADHILAH.HIDAYAH



gURLSS day Out + Hubby
Lepas dari makan malam kat medan selera tuh, sempat lagi kitorang rushing balik ke Aeon Hulu Kinta sebab pagi tadi dah survey Home theater Panasonic. Ada sale 10%. NP adalah RM769 so sale dapat la RM694. Okaylah kan below RM700. Nie semua persediaan nak duduk rumah sendiri nanti.. InsyaAllah dalam 3 bulan lgi dapat la rumah baru.. Aminnnnn

Lusa Hari Raya Aidiladha... So dikesempatan nie, nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1434H 

dari Kami...

Farah + Zunaidi











Tuesday, 8 October 2013

Part 4 : Pulau Manukan & Pulau Memutik Sabah

Assalamualaikum...

Bertemu kembali untuk part 4 holiday ke Negeri Borneo Sabah.. Untuk entry kali ni nak sambung cerita hari ke 3 di Sabah.

Bangun pagi seawal 6 pagi untuk siap-siap pergi Island Tour ke 2 Pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Memutik. Kira okaylah tuh. Nak pegi semua pulau rasa tak sempat dah sebab banyak lagi tempat-tempat sekitar Bandar Kota kinabalu nie. Terminal ferry nie berada di Jesselton Point, tempat inter island ke semua Taman Tunku Abdul Rahman. Alhamdulillah sampai gak ke sini.. Yahoooo !


Kota Kinabalu welcomes us uollss


Pakej ke 2 Pulau.
•Jesselton Point Inter Island - RM 7.20
•Pakej 2 pulau - RM 33 (Apparu)
•Life jacket & Googles - RM20

Sub total for 2 pax = RM120.40 tapi diskaun jadi RM110-RM10 (refund google rosak)= RM 100 only!! Yeay.. Alhamdulillah..murah okay..


Kaunter Tiket No 8 Aparu

odw ke boat



Dalam boat tunggu penumpang lagi



PULAU MANUKAN,Sabah
Okaylah sebelum cerita lebih-lebih jom kita layan dulu tentang pulau ni dari Wikipedia.

"Pulau Manukan is the second largest island in the Tunku Abdul Rahman National Park, Malaysia's first marine national park. It is located in the East Malaysian state of Sabah, just off the coast of Kota Kinabalu and is easily accessible by boat."
  
Bertolak dari terminal dalam pukul 8.30am. Dalam bot cume ade dalam 8org penumpang je.. So sampai ke terminal jetty Pulau Manukan dalam pukul 9.00am.


Our First Pulau

Pulau Manukan

Firstly kitorang cari tempat duduk and lepak dlu. Nasib time datang tak ramai orang lagi. So senang jer la dapat port baekk punya.. Sampai-sampai jer terus posing dulu... Heheehe..








Cuaca time kitaorang sampai okay jer. Tapi dalam kul 11 tengah snokeling, tetibe cuaca mendung and tetibe hujan lebat. Lari lintang pukang la and Benti lepak dulu kat depan toilet. Oh ya.. PUBLIC toilet dia free and boleh dikatakan sederhana ok sebab tak delah kotor sangat and tak de lah bersih sangat. Tapi okay la..





Dah benti ujan sambung mandi sikit lagi before next trip ke Pulau Manukan... Nasib baik ejen kitaorang ontime kul 12pm datang pickup kitorang. Awal-awal lagi dah janji nak ke Pulau Memutik kul 12pm sharp! Hehe

PULAU MEMUTIK,Sabah

Pulau Mamutik is located off the coast of downtown Kota Kinabalu. From Hyatt Regency Kinabalu, a mere 2-minute drive or 10-minute walk will bring you to the jetty at Jesselton Point (formerly Sabah Port Authority ferry terminal) from which tour boats are available for hire to get to the island.



Sampai ke Pulau ke-2 : Pulau Memutik



SEE.. we are at Pulau Memutik Island

So view kat pulau nie lebih kecil tapi lebih cantik pemandangan air disini. Pantai jernih and boleh snorkeling just kat tepi-tepi pantai je. Coral and ikan-ikan kat sini pon masih cantik dan terpelihara. 


Lunch dulu before Snorkeling
 Before meneruskan snorkeling kat sini, kitaorang sempat lagi Lunch Nasi Lemak yang di beli kat restoren breakfast tadi. Sedap!
Haha...Snorkeling time

Kat Pulau nie diberi masa dalam 2 jam je. Iaitu dari jam 12pm hingga 2 petang. Masa yang diberi nie cukup sangat untuk snorkeling dan jalan-jalan pantai.



Bubbbyee Pulau Memutik

Sehingga kita berjumpa lagi.... kenangan terindah di Pulau Memutik.. Next time boleh pergi ke Pulau lain plak.. InsyaAllah....











Saturday, 5 October 2013

Bukit Gambang Waterpark & Telok Chempedak, Kuantan

Bertemu kembali...

Sementara nak tunggu keputusan yang akan diumumkan untuk pertandingan ICC peringkat kebangsaan, kitaorg sempatlah melawat beberapa tempat menarik yang ada di kuantan nie.

Antaranya:
1) Tj Lumpur - Medan Ikan Bakar
2) Mahkota Square
3) Bukit Gambang Waterpark
4) Telok Chempedak

1) Tanjung Lumpur

Kat sini femes dengan Medan Ikan bakar murah. So kitaorg sempat lah singgah di...
Ana Ikan Bakar Petai. 

Inilah restorennya

Restoran nie memang sangat direcommendkan kat sapa-sape yang nak makan ikan bakar sedap dan murah. Servis kat sini pon memamg pantas dan cekap. Dan yang paling penting sedap!

Antara menu yang diambil untuk 7 orang makan:
- Ikan Siakap masak 3 rasa
- Ikan Pari Bakar
- Tomyam
- Ayam Percik
- Sayur Kailan Masin
-  Nasi 
- Minuman buah dan teh

Makanan Kami

Yummyy..Ikan Siakap 3 rasa

Total semua nie hanyalah RM107 sahaja. Dibahagi dengan 7 orang maka RM15 sorang sahaja makam malam nie.. ALHAMDULILLAH..

2) Mahkota Square


Mahkota Square Kuantan

Lepas dah kenyang makan, kitaorg singgah lepak kat Mahkota Square. Tempat nie berada ditengah-tengah bandar Kuantan.


Dataran Mahkota Square

3) Bukit Gambang Waterpark 

Kessokkan paginya ( 3 Oktober 2013) kami semua ke Bukit Gambang Waterpark. Bersebelah sahaja dengan resort kami. Entry untuk masuk adalah RM23 sebab kami ade coupon dapat free time presentation semalam. Harga biasa adalah RM25.90. Sapa-sapa yang ada student card dapat harga promosi iaitu cuma RM22 saja. tapi kene bawa student card yang original tau!


Akhirnya sampai jua

Haa  ni promosi untuk student

Dalam theme park nie semua pakai E-value. Maksudnya kene beli contoh E-value RM50 untuk beli semua kat bawah nie. Kalau balance bleh refund balik. Dia pakai bar code kat wrist band kita pkai nanti.


Untuk disewa


Dan makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan. Kalau makanan tak nak dirampas, jangan bawa makanan dari luar k.


4) Telok Chempedak

Akhir sekali, sebelum dinner, kitaorg sempat ke Telok Chempedak untuk beli buah tangan nak bwak balik selangor je pon.. kekeke. Sambil-sambil tuh boleh menikmati keindahan pantai Telok Chempedak yang sangat cantik. SUBHANALLAH...


Telok Chempedak, Kuantan Pahang

Selesai sudah percutian kerja sambil berjalan di Gambang - Kuantan - Pahang.
Next time boleh ajak husband and family cuti-cuti Malaysia kat Pahang nie.. 

Assalamualaikum semua..