Friday, 27 December 2013

Perlis - Kedah - Penang holiday!

Assalamualaikum semua..

Hari nie baru ade kesempatan nak update blog setelah sekian lama tak update blogku.. 

DAY 1  - PERLIS INDRA KAYANGAN

Okaylah just for your information, perjalanan nie merupakan percutian keluarga yang terakhir bagi tahun 2013. Percutian nie hanya memakan masa 2 hari 1 malam sahaja. Dari 23 - 24 Dec 2013. Tapi masa yang ada kami gunakan sebaik yang mungkin. 

Odw to Padang Besar
     
Perjalanan kami bermula seawal 7.30am dari kampung halaman hubby, Sg Siput (U) menuju ke Padang Besar, Perlis.

Yang turut serta adalah saya, suamiku, ibu dan ayah mertuaku dan 2 org anak buahku, Naily and Muhammad.
   Muhammad and Naily @ Padang Besar
  
Destinasi kami yang pertama adalah Padang Besar, Perlis. Sempadan Msia - Thai..

Kat sini kami borong habis-habisan seperti :
- kuali
- sudu & garfu
- senduk
- cerek air
- toto
- tikar lapik meja
- jersey
- kain & seluar
- sabun thanaka
- lastly bag dueter !! Fuhh at last beli gak
Deuter Bag yg sempat dibeli

PAdang Besar

Aneka Jualan

Banyak gak kami borong sampai tak muat kereta bonet.. Terpaksa letak dicelah-celah kaki bagai.. Huhu takpe sampai homestay boleh susun balik. 
Seterusnye, perut semua dah lapar, kami menuju plak ke Gua Kelam untuk destinasi kedua kami pula...
Disana kami lunch and picnic. mak bawa bekal siap-siap dari rumah. Selesai lunch, kami sempat melawat gua kelam (separuh jalan je sebb semua dah kepenatan). Oh ya, tiket masuk RM1 untuk dewasa n RM0.50 utk kanak-kanak. 

Bergambar before picnic
at Gua Kelam

Perut pun dah kenyang, badan pon dah letih, seterusnya kami menuju ke homestay yang telah dibooking di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Sangat berpuas hati dengan keadaan rumah. And highly recommend. Only  RM 120 per night untuk 2 bilik. Hehe

Lepak makan kat Kuala Perlis
Sebelah malamnya pula, kami keluar mencari makanan sambil menikmati keindahan malam di Kuala Perlis. Kitaorang makan di gerai tepi jalan, tepi pantai kearah Kuala Perlis. Makan steamboat. Nyummyy! 





Posing Kat Padang Besar

KAMI


Akhirnya sampai juga ke sini..

Keluarga Mertua

Next.. Alor Setar - Pekan Rabu

Jalan-jalan Pekan Rabu

Last Before balik Sg Siput - Pesta Penang 2013

Layan Pasembur Penang 

Taman Kota Lama

Jualan antik @ Penang

Hee.. Jumpe satu pon jadilah.. :P

Sampai juga akhirnya Pesta Pulau Penang 2013

Tiket Masuk

Fun Fair 1

Fun Fair 2 










Sunday, 24 November 2013

Our 1st Anniversary

Alhamdulillah.. tanggal 24 November 2013 bersamaan dengan 10 Muharram 1435H, genaplah sudah perkahwinan yang pertama buat aku dan suamiku tercinta, Zunaidi B Dzulkifle..

Walaupun banyak cabaran and dugaan yang dah di tempuhi selama setahun ni, aku tetap rasa bahagia, seronok,gembira, tenang dan yang paling penting suamiku tetap ada di sisiku semasa susah dan senang.
THANK YOU b...(kalau ade salah and silap, harap dimaafkan ye b....)

Dalam masa setahun nie pon, ada banyak perkara dan berlaku dan dalam perancangan.. Alhamdulillah keluargaku dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Diantaranya aku berjaya dan masih dalam proses pembelian rumah apartment di Bt 3, Shah Alam. Semua dah settle... cuma sekarang tunggu bank bayar balik duit kat pembeli.. then boleh la start amik kunci dan bayar bulan-bulan RM545. Yang kedua, murah rezeki suamiku dinaikkan pangkat dan 2x kenaikan gaji...Yang ketiga, Allah beri kesempatan kami untuk bercuti-cuti Malaysia. Kami telah pun sampai ke Kota Kinabalu, Sabah..Cuma satu je belum Allah tunaikan rezeki kami untuk menimang cahaya mata lagi. Aku tahu, Allah maha mengetahui dan telah merancang segala-gala nya untuk kami. Cuma kami perlu banyak bersama. Cepat and Lambat je.. InsyaAllah....

So sempena hari ulang tahun perkahwinan pertama kami, kami tak sempat untuk sambut lagi.. just sempat untuk meniup sepotong kek... jadilah. Asalkan kami bahagia...!!


1st  anniversary Kek Green Tea. Nyummmyy!!

Dikesempatan ini, sayang ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA BUAT KITA BERDUA.. I LOVE YOU b.... Muaahhhhhhh!!! till Jannah!

Tuesday, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Selamat menyambut Maal Hijrah bersamaan 1 Muharram 1435H  
(5 November 2013)





Semoga Tahun baru ini membawa seribu makna dalam melayari bahtera rumahtangga kami, segala hajat dan doa termakbul dan tertunai, diberikan kami suami isteri kesihatan tubuh badan yang baik dan yang paling penting kami dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. InsyaAllah.

AMIN

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa - apa yang ada pada diri mereka... (QS Ar Ra'd :11 )



Friday, 1 November 2013

01.11.2013 :Genap 2 Tahun berkhidmat di Proreka

Salam uollsss...

Tarikh 01.11.2013 merupakan tarikh hari pertamaku bekerja di Proreka (M) Sdn Bhd dan pekerjaan pertamaku setelah tamat pengajian.

Bermula sebagai pelajar practical dari Selangor Human Resouces Development selama 6 bulan, maka secara rasminya aku telah memulakan tugasku sebagai Executive Development Quality department.

Alhamdulillah banyak kenangan manis,suka duka yang telah diperolehi disini..
Tapi sampai bila boleh I bertahan di syarikat nie, Tuhan saja yang menentukan. Sebab kita hanya merancang sahaja. Betul tak uolllss???

Siapa yang tak tahu Proreka ni buat apa.. Meh baca nie..


"Proreka is a Malaysian Tier-1 vendor and manufacturer of OEM and ODM 
automotive parts and components. Over the years, we have earned a strong 
reputation for delivery of quality products and services to major car brands in Malaysia and South East Asia. "


Kalau ada rezeki yang lebih baik, apa salahnya tukar bidang plak... insyaAllah

Thursday, 31 October 2013

I'am officially 26th years old

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Syukur kehadrat Ilahi, Hari ini genaplah I berumur 26thn 30 Oktober 2013..
Tahun ini juga 1st time sambut birthday sebagai seorang isteri. Tahun-tahun sebelum nie sambut sebagai couple dengan tunang je.. tp Alhamdulillah tahun nie special skit dapat sambut birthday dengan suami tercinta.

Sambutan tahun nie special sebab hubby bawa makan seafood kat Medan Ikan Bakar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara Klang.

Oh ya, sempena menyambut hari kelahiran I, mak pesan berpuasalah pada hari jadi sendiri and berdoa supaya apa yang dihajati akan termakbul. InsyaAllah..So Alhamdulillah I berjaya berpuasa pada hari ini gak.
Sebenarnya, I tak ingat nak berpuasa hari ni, tapi nasib baik mak ingatkan and I terus niat and berpuasa walaupun tak bersahur.

So untuk berbuka puasa hari nie, Hubby cakap makan je nak makan apa.. janji sayang kenyang.. HeHeHe... apa lagi, so I orderlah macam-macam yang I nak... (nafsu berbuka puasa)

Menu yang I order untuk 2 orang makan saja :
1) Ikan Siakap masak 3 rasa
2) Ikan Pari Bakar Cili
3) Sotong Goreng
4) Udang masak kunyit
5) Sayur Campur
6) Nasi Putih x2
7) Tembikai Laici
8) Fresh Orange


Sementara tunggu makanan sampai, hubby sempat lagi membeli sepotong kek Indulgence Secret Recipe awal-awal lagi. Yummmyyy.. sedapppp! Thank you b...
Sayangnya, b lupa nak mintak lilin.. kekekeke... takpe lah yang. Janji ade sepotong kek pon dah bersyukur.

Ha...Layan gambar-gambar kami berdua...


Kek sebagai Icon Birthday Gurl :P


Taddaaaaaa..my Day . my Menu (MUahahahaha)


Hubby Kekenyangan.
Perabis makanan. Keke
Alhamdulillah semua makan berjaya dihabiskan kami berdua walaupon ada sikit je tak larat nak dihabiskan. Kekenyangan yang teramat. 

So mesti uollss semua nak tahu total bill untuk makan malam hari nie...
Total nya cuma...... RM97 sahaja.. 

Sangat-sangat berbaloi dan kenyang sangat...


Then, masuk-masuk je dalam kereta, hubby bagi suprise bufday present plak... Hubby hadiahkan perfume DKNY Limited Edition Golden..

Terima Kasih En suami kerana menghadiahkan perfume nie. 
Yess... THANK YOU SOOO MUCH DEAR HUBBY...Muaahhhhhhh. Luv U!


26th Birthday Card wish & DKNY Golden Perfume Limited Edition
So, bercerita tentang isi kandungan Kad bufday tuh, ada sepotong ayat yang membuatkan I terharu and hampir mengalirkan air mata sebenarnya.. ayatnya berbunyi begini...

" ALLAH S.W.T sedang menguji kita, jangan sedih-sedih, yang penting kita terus berusaha, berdoa dan tawakkal "

InsyaAllah b.. sayang akan ingat kata-kata b ini. Semoga kita tabah menghadapi ujian yang Allah beri ini sama-sama, and tawakkal kepada Allah. Sebab Allah dah aturkan hidup kita, yang penting kita berusaha,doa dan tawakkal kepadaNya. InyaAllah.

Thank you b for being such a wonderfull husband yang baik and tak ada sesiapa yang lebih baik dari b....
Love you forever and ever till Jannah. Thank you also for being right beside me whenI really-really need you..

P/s: 

Sempena Hari Kelahiranku yang ke 26thn, disini I nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang yang paling saya sayangi : 

1) Mak saya, Fatimah Bt Hassan Nawawi - yang telah melahirkan saya kedunia, telah menjaga, mendidik dan menjadikan saya manusia yang berguna sehingga hari ni. yang paling penting DOA ibu paling mujarab. Yang tak pernah-pernah berhenti berdoa untuk anak-anaknya. You are the Greatest Mother I ever had.

2) Ayah saya, Ahmad Suhaimi B Abd Rahim - yang telah mendidik saya dari kecil, memberi pendidikan yang secukupnya, tunjuk ajar yang berguna sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah. Walaupon ayah garang... Farah tetap sayang ayah. Sunyi kalau tak dengar ayah berleter... kekeke. Ingat lagi kata-kata ayah.. Ayah tak tinggalkan harta, tapi ayah tinggalkan ILMU untuk kamu bawa ke masa hadapan nanti. InsyaAllah..

3) Suami saya, Zunaidi B Dzulkifle - Seorang suami yang sangat-sangat penyabar dengan karenah isterimu ini, baik hati, kalau marah suke diam (tak suke sikap ni) and paling penting We love each other so much.
InsyaAllah, pasni sayang akan jadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada B, mari sama-sama kita berusaha untuk membawa kehidupan bersama dipermudahkan dan akhir sekali sama-sama berdoa agar hubungan kita berkekalan hingga keakhir hayat..InsyaAllah.....
Last but not least, doakan saya diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dan cepat-cepat sembuh... Amin


Sebenarnya banyak lagi kata-kata yang tak terucap. dan panjang lebar ni. Kita berhenti dulu untuk entry tahun depan pulak 27thn.. InsyaALLah...


Assalamualaikum semua..











Monday, 21 October 2013

Percutian Budget ke Kota Kinabalu

Haa.. mesti uolls tak sabarkan nak tahu berapa total yang telah di belanjakan di Sabah selama 4 hari 3 malam disana. Ni kira percutian budget gak la sebab motif utama adalah.. Asal dah pijak bumi borneo untuk pertama kali nie pon dah berasa bersyukur sangat tau... Ok kita tengok dulu berapa RM yang telah kami berdua belanja kan :

Day 1
KTM Komuter - RM5.00
Aerobus - RM 20
Lunch LCCT - RM 22.50
Drink - RM 4.10
Supermarket - RM 24.70
Shell - RM 50
Mutiara - RM90
Dinner - RM 18
Ubat + Milo - RM 5.60
Amplang + Cincin - RM 38
Toilet - RM0.30
Kereta - RM 325
Hotel - RM251.70
Total - RM 854.90
Day 2 
Shell - RM 60
Rumah Terbalik - RM 20
Souvenier - RM 9.37
Kinabalu Park+Poring - RM 6.00
Desa Tenusu - RM 8.00
Souvenier - RM 12.50
Kundasang War - RM 4
Conapy Walk - RM 11
Mineral G. Pisang - RM 4
The Drink BOH - RM 4.40
The Boh - RM 12.80
Tagal Morali - RM 13
Dinner - RM150
Mutiara + Pin - RM163
Total = RM 476.07
Day 3 
Breakfast - RM 11.50
Island Tour - RM 100
Ikan Masin - RM 70
Souvenier - RM28
Dinner - RM33
Perdana Park - RM 1
Total : 243.50
Overall Expenses at KK - RM 1574.40
External Expenses :
Air Asia - RM 458
MAS - RM 132
Deposit Return - RM 135
Grand Total inc Flight Tix :  RM 2141.40 - RM 135 = RM 2006


Kesimpulannya, total RM2006 nie sahaja lah yang dihabiskan untuk berholiday kat sabah... Murah kan?? haha tak ade lah murah sangat tapi berbaloila.. and masih didalam range lagi...

Sunday, 20 October 2013

Genting Highland. Budget but enjoy!

Fuhhh...

Penat baru balik dari Genting petang tadi pon tak hilang lagi.. walaupon bermalam satu malam je kat Genting , tapi tetap best and enjoy!

Kenapa I cakap budget? haa... sebab I dapat book hotel dari Groupon cuma RM78 satu malam kat Hotel First World Hotel and Resort. Promotion nie untuk Standard Room je.. maksudnya hanya 2 katil single. Tapi okay lah. merasa gak la tido hotel kat genting ni kan.. kalau nak harapkan normal price, dalam mimpi je kot. Apa pon.. Alhamdulillah.

Perjalanan bermula jam 12.15pm. Bertolak dari Komuter Shah Alam ke KL Sentral. Dari KL Sentral naik bus Genting pukul 2.30pm. Haa part nie tak best nie. Dalam tiket cakap pukul 2, kitaorg sampai pkul 1.50pm tengok tak ada orang tunggu. Tanya orang arrange bus tuh cakap, bus dah bertolak. Tipu giler Ok! huh...


Hubby time tunggu bus

Sementara tunggu bus, lunch McD dulu


Tak pe lah.. janji sampai Genting. Hati kene happy kan.. poyo. haha.. Sampai Cable car around 3.25pm. Perjalanan mengambil masa dalam 50minit sahaja. Cuaca pon tak berapa nak elok sebab hujan and kabus tebal. Tapi sempat gak berposing...hehe

Bergambar je.. Theme park tutup for renovation for 2 years

Our hotel time malam : )

Malamnya pula cuma bershopping and cuci mata kat Plaza First World nie. Sempat la beli cardigan kat Padini dengan shawl dari bonita, Sale beb. hehe. Then kitaorang decided untuk watch midnite movie cerita Insidious chapter 2... Layannnn. First time tengok wayang kat Genting :P

Cerita.. boley laaa...


Ha sempat gak posing alala korean x? 

Tuh ajelah aktiviti untuk malam pertama...Balik hotel dalam pukul 1 pagi.. ENJOY!

Next morning woke up and siap-siap untuk check out. Kitaorang checkout pukul 11am then terus naik cable car. Sampai kat bawah around 11.30am terus cari tiket bus ke KL Sentral pukul 12pm.


Sempat jugak beli photo Cable car RM35. Buat kenangan.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah pukul 2.30pm. Alhamdulillah segala perjalanan pergi dan balik semua dipermudahkan. Lepas nie tak tau plak kemana destinasi seterusnya.. tunguuuuu!







Friday, 18 October 2013

Final part :Tempat menarik di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Fuhh dah masuk ke entry 5 dah nie.. hopefully nie yang terakhir nak ceritakan pasal entry kitorang ke Sabah hari itu. Dah panjang lebar dah nie... hope korang enjoy baca blog I and dapat la sedikit sebanyak infomation kepada blogger lain yang akan berkunjung ke Sabah nanti... InsyaAllah.

Oklah sambung cerita I okay....

Balik dari Island tour ke Pulau Manukan dan Pulau Memutik dalam pukul 2.30 ptg, kitorang rehat dan sembahyang semua, kitaorg teruskan perjalanan untuk melihat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Jangan tak tahu, bandaraya Kota Kinabalu nie pon banyak tempat yang boleh dilawati. Bukan setakat pergi ke Kundasang dengan Jeselton Point je, banyak lagi yang boleh kita lawati. Diantaranya :

1) Menara Atkinson Clock Tower
2) Signal Hill Observatory Platform
3) Masjid Negeri Sabah
4) Menara Tun Mustafa
5) Perdana Park, Tj Aru

Haa.. banyakkan.. semua kat atas nie semua FREE and tak perlu bayaran pon nak masuk. Nia antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.

1)  Menara Atkinson Clock Tower
Menara jam ini dibangun untuk memperingati mendiang Francis George Atkinson, pejabat distrik pertama Jesselton yang meninggal karena penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Desember 1902. Ibunya, Nyonya Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di kota Jesselton sebagai penghormatan bagi ingatan terhadap anaknya. Struktur ini akhirnya berhasil diselesaikan pada 20 April 1905. Sebuah jalan ini dinamakan sempena nama Francis George Atkinson yaitu Atkinson Drive (kini dikenal sebagai Jalan Istana) yang menghubungkan Jalan Tuaran dan pusat Kota Kinabalu.



@ Menara Jam Atkinson



Sejarah dia

2) Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill ini merupakan point tertinggi di bandar Kota Kinabalu dan merupakan tempat menarik melihat seluruh bandaraya KK.



Berlatarbelakangkan Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Sunset at Kota Kinabalu
3) Masjid Negeri Sabah

Gambar di kala Maghrib - Subhanallah
Masjid nie dikenali juga sebagai City Mosque Sabah. Kebetulan sampai kat Masjid Negeri Sabah ni waktu dah Maghrib. So Keindahan Masjid nie terserlah dibandingkan pada waktu malam. Cantik sangat.


At least dah sampai

4) Menara Tun Mustafa


Formerly known as the Sabah Foundation Building, this circular tower of steel and glass stands 30 storeys high in the Likas Bay area and is instantly recognizable as a Sabah icon. It has a central core with steel brackets supporting each floor. When completed in 1977, it was one of the three such buildings in the world based on this design concept.

Kitaorang singgah sini dah malam, So tak berapa nampak keindahan Menara ni. Mengikut info yang dibaca, Menara nie kira kemegahan bagi negeri Sabah nie la. Kalau kat KL, menara KLCC la menjadi kemegahan kita.. btul tak? hehe



5) Perdana Park, Tanjung Aru

Kat sini boleh saksikan air pancut berirama. Bukak setiap malam sahaja tau. Bila lagu dimainkan, air pancut ni akan mengikut irama dalam perbagai bentuk dan irama. Cantik dan happening sangat. Sangat enjoy walaupon tengok air pancut je pon.
Perdana park nie dalam 9.30 dah tutup dah. Kitaorang datang lewat tp sempat gak la dengar 2 lagu. Penutup untuk air pancut berirama nie diakhiri dengan lagu Negeri Sabah.

Info: Parking ke Perdana park ni dikenakan bayaran.


Perdana Park, Tanjung Aru

Berlatar belakangkan Air Pancut berirama

Itu sahaja lah tempat-tempat menarik yang sempat kitaorg lawati. InsyaAllah, ade rezeki lagi kitaorang akan melawat Sabah lagi bawak family and anak-anak jugak. InsyaAllah.Amin

Flight kitaorg esoknya pagi pukul 7.20am pagi naik MAS. So kene balik awal, kemas barang and bangun awal pagi....

Dalam Lobby sebelum berlepas ke Kuala Lumpur

Dalam Flight - Free Breakfast Nasi Lemak

Bye- bye Sabah.. We will miss you FOR EVER n EVER. Muahhhhhhh!


Pissttt: Tengah hari nie kitaorang akan ke First world Resort Genting Highland plak bermalam satu malam disana.. InsyaAllah. Nanti I akan update untuk next update kay...Doakan perjalanan I and my hubby selamat sampai and pergi. Our next Budget holiday..!

Sehingga bertemu lagi.... Bye. 

Assalamualaikum












Salam Aidiladha 1434H

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013 

bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H (15 Oktober 2013).. kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang mengenali kami. Mohon maaf Zahir dan Batin..


Salam Aidil Adha 1434H

Raya AidilAdha ataupun dipanggil Raya Qurban atau Raya Haji diraikan pada hari ke 10,11,12 atau 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Ia adalah perayaan terbesar umat Islam selain Hari raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah AllahSWT.



Alhamdulillah tahun nie first time dapat berhari raya Aidiladha suami isteri kat rumah mak mertua I di Sg Siput. Dapat tengok macam mana suasana berhari raya di Kampung. Semua adik beradik hubby balik kampung and berkumpul ramai-ramai. Alhamdulillah suasana hari raya dah ada...

Bangun pagi macam biasa, breakfast and pergi sembahyang sunat Aidiladha..Balik dari surau area rumah je, siap-siap tukar baju and terus ke surau semula untuk menjalankan ibadah Qurban. Tahun nie surau menyembelih 3 ekor lembu sahaja. Then my brother in law. Abg Sham, masuk akikah anaknya yang kedua, Nur Zahra Umairah (3 bulan ).


Ibadah Qurban di Perlop 3, Sg Siput (U)


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Suasana hari raya Qurban kat sini still ada orang datang berhari raya, kunjung mengunjung and ziarah menziarahi. My mother in law masak Laksa, rendang ayam dan lemang untuk dihidang kepada tetamu. Lastly dapat jugak makan Sup tulang koboi dari surau tadi.. 

Blurrpp Alhamdulillah kenyang...



Wednesday, 16 October 2013

Keperluan 1 : TV LED Panasonic 39'

Alhamdulillah...

Hari ini berjaya beli sebuah TV LED Panasonic 39' kat Aeon Mid Valley. Sekarang tengah buat promosi dari 1 Oct - 30 Oct 2013. So ape lagi kitorang ambil peluang nie untuk beli sedikit demi sedikit barang keperluan untuk rumah baru nanti di Seri Kayan.

So berbalik pada TV nie, Normal Price RM1499. Promotion price dapat RM1299.Murah RM200. Then I amik Ansuran Citibank untuk 6 bulan. So monthly RM216.50 without interest (0% interest). Okaylah kan. Ibarat beli macam biasa, cuma boleh bayar sikit-sikit kan??

Proses Ansuran 6 bulan - RM216.50

TQ Citibank-  habiskan duet aku!

Alhamdulillah... dan ni lah TV nye.................


TV Panasonic LED 39'

Manufacture date 2013. And new features die boleh main movie hanya dengan menggunakan pen drive sahaja. Cool kan??

INFO:

Hari Ahad harituh dah beli Home theater DVD Panasonic dengan harga promosi RM694. Lihat entry sebelum nie..