Wokey bila dah semangat nak tulis blog tuh dah datang balik, pagi-pagi dah start berblogging... Ngeh3
Tersebutlah al-kesah nak bercerita tentang mendapat tawaran ditempat baru... alhamdulillah.
Sebenarnya dah lama nak mencari tempat kerja baru.. Sebab sekarang nie pon tempat kerja lama Proreka tuh pon dah tak stabil.. So sebelum jadi beban bertambah, baik choww dulu untuk advance my career gak. Takkan sampai ke tua nak dok sana.. iam still young. Why not try a new environment and new culture. Kan???
Click punya click kat jobstreet tuh, tersangkut la plak dekat satu agent career medi yang mengaturkan pertemuan interview dengan Asean NDK Crystal di Sec 26 Shah Alam.. Separutnya interview pada 31 Julai 2014 bersamaan dengan 4 Syawal 1435 H... Betul2 lepas raya tuuu... Tak habis seronok nak raya tau..So pikir punya pikir, mintak dipostpone keesokkan harinya..iaitu hari jumaat.. 01 August 2014.Alhamdulillah dapat dipostpone.....
Harinya pon telah tiba..
Dengan perasaan malas dengan tak prepare ape2 pon... Pergilah jugak. Kalau ikotkan hati, memang malas sangat nak pergi, tapi bila dah fikir balik, dah la mintak postpone, then tak nak pergi.. Ko gilaaa?? Kesian kat agent dengan HR sana , ditambah dengan semangat yang diberikan encik suami, ku gagahkan jua ke NDK Crystal jam 8.15am. Nasib tempat kerja tuh dekat je dengan rumah seri kayan..
Situasi di NDK Crystal..
Sampai je sana, pergi ke guard pintu 1, then bila cakap nak interview, pergi plak ke guard pintu 2.. Sampai je kat guard no 2, terus diberi application form dan disuruh tunggu kat kantin, nanti boss datang. What?? Interview kat kantin jer? Dalam hati.. Apa punya kilang interview kat dalam kantin jer.. Siap tanya makcik cleaner lagi. Dia pon cakap benda yang sama.Mungkin diaorang pon interview kat kantin je kot... Akhirnya pak guard suruh tunggu nanti boss panggil ke dalam. Fuhhh legaaa...
Dalam pukul 9am, HR panggil masuk buat test Jepun.. Tak ingat test apa, tapi banyak nombor.. Buat dalam 40minit gak la.. Nasib baik berjaya. Huhu. Lepas tuh HR suruh tunggu kat luar untuk interview dengan panel lepas rehat dalam pukul 10.15 plak.. Tunggu la aku kat luar sengsorang.
Tepat jam 10.30am baru panggil masuk.. Sebaik melangkah masuk kebilik interview... Mak aihhhh 6 orang panel interview nak interview aku sorang jer?? Cuakk gile time tuh.. Dalam hati.. Interview je la.. Dapat tak dapat tuh lain kira.. Yang penting, aku dapat experience.. Betul tak? Oh ya.. Yang interview aku hari tuh adalah terdiri daripada.. HR,manager HR, Director, manager production, manager Qa and lastly production planning. Post yang aku mintak adalah production planning jer.. Napa sampai 6 orang nak interview aku.. Ah layan je lah.. Lastly diaorang offer 3 position kat aku.. Production planning, QA Engineer dengan Process Engineer.. Haa semua aku nak.. Tapi dalam hati confirm la tak dapat..haha
Melangkah pulang dengan perasaan yang kecewa yang teramat dalam pukul 11..Confirm tak dapat punya.. So lets chill...~ tiba-tiba dalam pukul 11.40am, agent call.Ingat nak tanya kanar pasal interview tuh.. Ranya nak bagitahu yang NDK offer post PRODUCTION ENGINEER. Tanpa fikir panjang, terus accept and and bagitahu 1month notice dan last day bila...ALHAMDULILLAH. Bila lagi nak dapat title Engineer kan.. Itulah dinamakan rezeki.. Tuah ayam nampak dikaki.. Tuah manusia?? Jawab sendiri.. Hehe
Lepar confirmkan dengan HR Proreka dan letak resign letter 1 month notice semua.. Tanggal 8 September 2014 tarikh melapor diri kat NDK CRYSTAL..
My offer letter.. Report work on 08.09.14.. Bersamaan ESOK! Huhu
Okaylah..pasni nak cerita pasal meniti hari-hari terakhir di Proreka pulak..adioosss
Hi senpai nak tnya keeja di ndk ni ok ke utuk nihon sotsu? Sy dapt iv company ni.. benefits ok ker?
ReplyDeleteHi senpai nak tnya keeja di ndk ni ok ke utuk nihon sotsu? Sy dapt iv company ni.. benefits ok ker?
ReplyDeletehi Sis, still keje NDK ke?
ReplyDelete