Pergh lama gila tak update blog kesayangan ni. Kat sini lah nak catatkan semua kenangan terindah yang berlaku sepanjang hidup dimuka bumi nie... Hikhikhik. Almaklumla sejak dua menjak nie sibuk dengan pindah rumah, tension kerja dan cari kerja baru.. Nanti aku akan ceritakan semuanya kay.
Oklah straight to the point k.. Sebenarnya banyak perkara berlaku yang nak diceritakan satu persatu.. Dont worry k.. Firstly nak cerita pasal hari raya hari tu dimana, bila, siapa dan bla bla..
Sempena tahun ni merupakan tahun ke2 kitaorang beraya sebagai suami isteri, so tahun nie jatuh giliran berhari raya dirumah mak mertua. Kebetulan tahun nie semua adik beradik hubby pon beraya di mak mertua juga.. dapat la gak berkumpul adik beradik dari KL, pahang dan Johor.
Hari raya Aidilfitri jatuh hari Isnin bersamaan 29/07/2014. Apa lagi, lepas balik kerja, siap-siap truz bertolak balik kampung. Berbuka ditengah jalan.. Wewewewww
Sebelum hari raya hari tuh, kitaorang pergi bersesi gambar untuk baju nikah dengan baju istiadat polis hubby.. Setelah nak dekat 2 tahun baru berkesempatan nak bergambar. Nasib baik baju still muat. Muahhahahaa..
Sempat gak ke kedai fotografi amik gambar
Cerita hari raya kami...
Raya pertama di Perlop 3, Sg Siput ( bergambar di Lake Taiping sebelah petang)
Raya kedua di kampung hubby di Batu Kurau
Raya ketiga di kampung ayahku di bota perak.
Raya tahun nie memang seronok sangat sebab dapat jumpe saudara mara hubby yang tak pernah jumpe selama ni. Atleast pernah nampak walaupon tak sempat bertegur dekat rumah tok peah. Malam tadi dan tengah hari nie berBBQ la sempena hari raya..
Petang tuh pulak ke kampungku diBOTA. Setelah hampir 5 tahun kot tak berhari raya dan berkampung kat sini... Malam tuh juga semua cousin n sedara mara datang dan berBBQ.Yang bestnya, yang dah bermenantu pon 1st time tido Bota..
BBQ diBota Kiri Perak.
Raya ketiga jugak, sempat juga akhirnya berhari raya kat kampung kak ana. Dekat setahun dah janji nak dtg, bru thun nie berkesempatan...
Banyak lagi kalau nak diceritakan.. Tapi cukup la sampai kat sini je.. Kesimpulannya, raya tahun nie memang terbaik dan terbest sebab berkesempatan raya kat semua kampung, jumpe sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim.. InsyaAllah..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 1435H/2014
No comments:
Post a Comment