Saturday, 21 June 2014

Vietnam Part 5 : Ho Chi Minh City tour

Assalamualaikum.. 

Fuhhh Setelah lama tak update blog nieh disebabkan sibuk dengan urusan renovate rumah.. Haa nnt kite cerita pasal rumah saya yer.. Sekarang nie pon tengah tunggu parents kat KLIA2. Mereka bercuti ke Langkawi je.. Hee

Wokey berbalik pada cerita Vietnam ni, hopefully dapat habis kan dan last entry untuk Vietnam trip bulan lepas. insyaAllah..

Pagi khamis itu, kitaorang keluar awal jam 6.30pagi disebabkan flight kitaorang pukul 1.15pm. So pagi tuh menghabiskan masa sisa baki yang ada untuk last shopping, dan melawat beberapa tempat lagi yang tak sempat nak lawat within Ho Chi Minh city. So our first destination ada lah melawat independance palace. Nie kira macam pejabat rasmi kerajaan la. Kitaorang tak sempat nak masuk disebabkan datang seawal 7am so sempat tangkap gambar je... Waktu lawatan bermula jam 7.30pg.


Bergambar di pintu masuk je la.




Next, kita ke War Remnants Museum juga dalam walking distance. Tapi kat sini kitaorang sampai awal pagi, museum ni pon tak buka lagi. So pergi minum kopi vietnam dulu berhadapan dengan museum ni je.

80k dong sahaja

Entrance fee hanya 15000 dong untuk seorang.





Museum nie banyak menceritakan tentang sejarah zaman inggeris dulu-dulu. Tapi disebabkan kekangan masa, kitaorg just go thru semua tingkat dan penjuru. Tak sempat nak baca more details. But atleast dah berjaya masuk kan. Tapi Chu Chi tunnel gak tak sempat nak lawat. Takpe, next trip plak kan.. Banyak information dapat dari lawatan ni.

On the way balik ke hotel, singgah pula bergambar dari luar dekat HCM Museum. Cantik dan unik bangunan dia. 

Museum of HCM



Walaupon dua tempat nie tak sempat nak lawat, tapi kitaorang tetap puas hati sangat sebab dah jejak kaki dan tengok secara life bangunan-bangunan tinggalan nie. InsyaAllah next trip lepas nie dapat la masuk ke semua tempat-tempat nie... Aminnn

So on d way balik ke hotel sebelum ke airport, sempat juga lah untuk last shopping kat ben thanh. Kebetulan luggage bag ada kosong lagi 7kg, ape lagi borong baju kurung siap untuk dijual. Tapi bila packing barang, tambahan satu bag diperlukan. Pe lagi, kuar hotel beli bag dueter rm30 nak support kurang bag.

Tepat jam 10pgi sampai hotel, siap-siap bag ( malam dah kemas siap ) terus naik teksi ke airport. Kitaorang naik teksi Vinasun. Perjalanan ambil masa 30 min je ke airport. Dah sampai airport time nak bayar tambang, dia tak duit tukar. Asal tambang cuma 130k Dong je.. Kitaorang bg 200k dong, rugi kitaorang 70k Dong. So sesiapa nk naik teksi, make sure tukar baki siap-siap okay! Nnt rugi macam kami.
P/s : lagi satu tips, kalau driver teksi buat - buat peramah dengan kita, confirm duit baki kita tak dipulangkan.. Grrrrr. Taktik! Kene 2 kali dah. Tapi memang guna meter.

Sampai airport rupanya kaunter tak bukak lagi. Ingat kitaorang dah lambat sangat sebab dekat kul 11.30 dah. Kan kene checkin 3 jam sebelum untuk international kan..fuhh lega..

Beratur awal untuk check in beg

Hasil borong kat vietnam. Keh keh keh total 49.1 kg / 50 kg

Flight delay dari Malaysia 1 jam

So dalam pukul 2 petang baru berlepas.. Perjalanan ambil masa 1.30 jam jeSyukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Takde kene tahan dengan imegrasen, bag pon ngam - ngam 49.1kg. Kitaorang selamat landing di bumi Malaysia KLIA2 dalam pukul 6 ptg. 

### TAMAT###

Jumpa lagi VIETNAM di masa akan datang.. InsyaAllah.

















No comments:

Post a Comment