Monday, 2 June 2014

Vietnam part 4 Mekong Tour, Vietnam


Hari ke-4 nie barulah berpeluang untuk ke Mekong Full Day tour. Nak booked tour nie senang je.. Booked dari hotel kitaorang duduk je kat receptionist. 

Hotel nie menyediakan 2 pakej iaitu Mekong Full Day tour ke MyTho-Tre dan Cai Be-Vinh Long.
Harga pon berbeza disebabkan kalau nak tengok floating market kene amik ke Cai Be Vinh dengan harga $25 seorang. Tempat popular yang rata-rata rakyat Malaysia pergi adalah MyTho-Tre. Sebab kitaorang amik pakej ke floating market dan tak nampak pon orang Malaysia dalam tour kitaorang. Macam ni lagi best.. Baru rasa pelancong kat Vietnam nie.. Hehehe

Pakej tour yang disediakan oleh Hotel Saigon 2

So kitaorang pon tempah tour ni sehari awal. Kalau lewat sangat, takut dah full plak. Cadangnya nak pergi hari ke2 kat sini, tapi dah lambat booking tempat pon dah full. 

Pagi tuh sekitar jam antara 7.00- 7.45 pagi kitaorang dah terpacak kat depan lobby tunggu. Tapi driver minibus yang amik kitaorg dalam 7.40pagi. Nasib baik dalam range yang dibagatahu awal-awal, kalau tak, memang dah kene maki hamun la.. Muahahhaa

Bus berhenti ambil kitaorang kat hujung jalan. So kene jalan sikit la ke main road. Rupanya kami orang first dia ambil. Dah amik lagi satu pasangan, kitaorang kene ditransfer ke bus lain. Kiranya main sentral bus untuk tour kat sini. Dalam 8.30 pagi baru naik bus dinaiki ramai pelancong luar dan terus ke Chai Be Vinh. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai ke destinasi dan stop berehat di satu perhentian. Dalam perjalanan ada tour guide terang serba sedikit tentang mekong river dan apa yang akan kita lakukan.

V.I.E.T.N.A.M waiting for bus transit

Terminal bus - Cai Be thanh

Akhirnya sampai ke destinasi dituju. Terus disuruh untuk naik boat melawati floating market. Floating market kat sini untuk orang tempatan dan kene beli borong minimum 20kg. Satu family duduk dalam boat tersebut menjual hasil-hasil tanaman. Contoh buah tembikai, labu, ubi, bawang dll.

Cai Be Tourism



Dalam boat ke pulau-pulau kecil

Floating market 

First destination tadi adalah melawat floating market ini sepanjang 800m. Next adalah ke sebuah pulau kecil yang membuat coconut candy dan hunny bee. Kedua-dua tempat nie merupakan perniagaan harian mereka.

Tempat Pembuatan Coconut Candy


4 proses sebelum terjadinya coconut candy.

Terdapat 3 perisa iaitu original, coconut+peanut dan coconut+ginger. 30000 dong sepaket. Tadi dapat rasa tester coconut+peanut, sedappp. So beli lah sebungkus bawa balik Malaysia.

Next diaorang bagi rasa minuman jeruk ular. Bau nye.. Perrgghhh bau masam dan uweeekkk. Tak perasan plak apa khasiatnya. Tak minum langsung!

Jeruk ular.

Jomm ke kampung buat madu teh.

 Dah settle kat sini kita ke next kampung tapi dalam pulau yang sama. Jalan kaki jer dalam 200m. Kat sini perniagaan madu teh dijalankan.





Okey kat sini setiap pelancong diberi segelas teh bercampur dengan madu asli. Sedap rasanya. Nak kata tak halal tak juga sebab dia hanya teh dan madu asli sahaja. Janji tawakkal dan baca bismillah. Tapi jeruk dan kerepek tuh tak makan pon. Sebab tuh yakin macam tak halal kan.. He

Bye-bye Tu Dong

Perjalanan diteruskan lagi ke pulau yang ke2. Pulau nie agak besar sebab terdapat sekolah dll.. Perjalanan ke sini ambil masa dalam 40minit lagi. Aktiviti pertama adalah untuk pergi lunch disini.

Tadaa..Ikan goreng talapia kowt.

Paper rice : ala-ala samosa

Jemput makan bismillah.

Okay dalam pakej tour nie, makan tengah hari disediakan sekali. Kitaorang amik vegetarian je dengan nasi. Ketika ini terpaksa bertawakkal dan berserah sahaja sama ada halal ke tidak orang masak di sini. Tapi kalau dah darurat boleh kan.. Nasib kami makan. Kalau tak, sampai kul8 malam tak makan. Bekalan pon tak mengenyangkan dan tak cukup pon. Yang penting dah baca bismillah.. Ye dakk??

Wokey dah kekenyangan, kitaorang diberi masa dalam 30minit untuk berbasikal keliling kampung. So kitaorang pon berbasikal kedepan sikit. Suasana macam kat kampung je. Tapi pengalaman berharga tau.

Tunggu dalam 5min pastu terus kembali ke sungai. Kat sini dan siap sedia tunggu orang2 duyung sampan. Kitaorang ber4 dengan 2 orang pelancong mat saleh. Orang kata naik sampan nie adalah simbolik kalau ke Mekong Delta nie... Heheh tercapai gak hajat nak ke sini.

Best part yang ditunggu-tunggu. WAJIB BERGAMBAR skali ngan mat saleh dan tukang duyung sampan.


Terbaikkkk.. 

Transfer ke boat kembali

Time dah naik boat, ada pelancong yang baik hati siap bagi tips kat tukang duyung2.. Kitaorang tak sempat bagi sebab terlupe. Keh3

Jetty

On the way balik jumpe la jambatan nie yang menghubungkan pulau dan daratan. Kalau kereta diaorang ada feri khas untuk di bawa.

Dah settle semua tour kat sini, kitaorang kene tempuh 3 jam perjalanan pulang ke bandar. Dalam pukul 8pm kitaorang sampailah tempat kitaorang naik tadi. Kat sini diaorang tak anta terus ke hotel, pandai-pandai korang la nak balik hotel macam mana. Dia tunjuk arah je.. TT

So kitaorang dengan yakinnya meneruskan perjalanan balik ke hotel berjalan kaki dengan bertanya kan orang lain untuk lebih pasti. Jalan punya jalan rupanya dekat je. Dalam 1 km sahaja. Apa pon kitaorang dapat tengok night life kat sini.

Ni MCD yang pertama baru dibuka di Vietnam tau pada 16 may dibuka secara rasmi.

 Malam itu macam biasa, shopping di pasar malam ben thanh... Okay kat sini nak bagitahu, harga kat pasar malam nie jauh lagi mahal dari market ben thanh bagi certain benda. So nak bargain dan comparelah betul-betul kay.. 

Malam itu juga, kitaorang shopping habis-habis sebab takut esok tak sempat. Hubby beli kasut adidas lagi, me beli sandle biase je... Lastly beli kopi vietnam yang ummmpphh!

Rembat beg north face ori RM80

Kasut adidas ori vietnam RM80

Gambar statue kuda ben thanh ( gambar semalamnye)


K sambung last entry kot..part 5

Bubby~~~





































No comments:

Post a Comment