Sunday, 22 June 2014

Istana Idamanku 1 : Seri Kayan pengubahsuaian

Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama dah nak update entry pasal rumah yang dah berjaya beli dekat Taman Pinggiran USJ. tapi disebabkan sentiasa busy memanjang, hari ni baru ada kesempatan nak update.

So sidikit info : 
Jenis Rumah : Pangsapuri
Taman : Taman Pinggiran USJ ( area batu 3 ) 
Tarikh sign SNP : 24 April 2013
Tarikh dapat kunci : 01 Mei 2014 ( lepas setahun sign SNP)
Harga : RM108k 

Fuhhh dekat setahun juga la nak dapatkan rumah ni. Tak tau mana silapnya samaada lawyer wat keje lembab, atau mmg mcam tuh... Walauapa pun, Alhamdulillah semuanya dah selesai.

First skali, dah dapat kunci rumah, pergi ke MPSJ untuk tukar hak milik. Nasib baik tak ada cas. Kedua, ke JMB rumah, settlekan apa yang tertunggak bagai semua dalam Rm277. Yang ke3, ke TNB shah alam, tukar nama dan bill tertunggak dalam RM200. Last skali ke syabas petaling jaya, settlekan meter air tukar dari pukal ke persendirian, RM110... Semuanya berjaya disettlekan.. Bukan senang nak jual beli rumahkan.. Tuh semua pengalaman gak.. Hehehe

So, before nak masuk rumah, memang dah plan nak renovate skit rumah nie.... Tambah tiles satu rumah dan table top untuk dapur.. Anggaran dalam RM 9000.. 


Bahagian sidai kain. Abaikan yang tergantung tu..

Bahagian dapur

Sebelum rumah diubahsuai

Semasa rumah sedang diubahsuai

 Pengubahsuaian nie bermula dari tarikh 16 Jun 2014 dan dijangka siap dalam masa 2 minggu. 

Saja nak update barang keperluan rumah yang dah berjaya beli, cash mahupon hutang.. Ngeh3

Peti sejuk dan washing machine panasonic. Beli time warehouse sale onking
Harga beli kat Elegant Lighting cuma RM168 shj


Apa-apa pun nnt kte update lagi..

Cukup la sampai sini.. Adiooosssss


Saturday, 21 June 2014

Vietnam Part 5 : Ho Chi Minh City tour

Assalamualaikum.. 

Fuhhh Setelah lama tak update blog nieh disebabkan sibuk dengan urusan renovate rumah.. Haa nnt kite cerita pasal rumah saya yer.. Sekarang nie pon tengah tunggu parents kat KLIA2. Mereka bercuti ke Langkawi je.. Hee

Wokey berbalik pada cerita Vietnam ni, hopefully dapat habis kan dan last entry untuk Vietnam trip bulan lepas. insyaAllah..

Pagi khamis itu, kitaorang keluar awal jam 6.30pagi disebabkan flight kitaorang pukul 1.15pm. So pagi tuh menghabiskan masa sisa baki yang ada untuk last shopping, dan melawat beberapa tempat lagi yang tak sempat nak lawat within Ho Chi Minh city. So our first destination ada lah melawat independance palace. Nie kira macam pejabat rasmi kerajaan la. Kitaorang tak sempat nak masuk disebabkan datang seawal 7am so sempat tangkap gambar je... Waktu lawatan bermula jam 7.30pg.


Bergambar di pintu masuk je la.




Next, kita ke War Remnants Museum juga dalam walking distance. Tapi kat sini kitaorang sampai awal pagi, museum ni pon tak buka lagi. So pergi minum kopi vietnam dulu berhadapan dengan museum ni je.

80k dong sahaja

Entrance fee hanya 15000 dong untuk seorang.





Museum nie banyak menceritakan tentang sejarah zaman inggeris dulu-dulu. Tapi disebabkan kekangan masa, kitaorg just go thru semua tingkat dan penjuru. Tak sempat nak baca more details. But atleast dah berjaya masuk kan. Tapi Chu Chi tunnel gak tak sempat nak lawat. Takpe, next trip plak kan.. Banyak information dapat dari lawatan ni.

On the way balik ke hotel, singgah pula bergambar dari luar dekat HCM Museum. Cantik dan unik bangunan dia. 

Museum of HCM



Walaupon dua tempat nie tak sempat nak lawat, tapi kitaorang tetap puas hati sangat sebab dah jejak kaki dan tengok secara life bangunan-bangunan tinggalan nie. InsyaAllah next trip lepas nie dapat la masuk ke semua tempat-tempat nie... Aminnn

So on d way balik ke hotel sebelum ke airport, sempat juga lah untuk last shopping kat ben thanh. Kebetulan luggage bag ada kosong lagi 7kg, ape lagi borong baju kurung siap untuk dijual. Tapi bila packing barang, tambahan satu bag diperlukan. Pe lagi, kuar hotel beli bag dueter rm30 nak support kurang bag.

Tepat jam 10pgi sampai hotel, siap-siap bag ( malam dah kemas siap ) terus naik teksi ke airport. Kitaorang naik teksi Vinasun. Perjalanan ambil masa 30 min je ke airport. Dah sampai airport time nak bayar tambang, dia tak duit tukar. Asal tambang cuma 130k Dong je.. Kitaorang bg 200k dong, rugi kitaorang 70k Dong. So sesiapa nk naik teksi, make sure tukar baki siap-siap okay! Nnt rugi macam kami.
P/s : lagi satu tips, kalau driver teksi buat - buat peramah dengan kita, confirm duit baki kita tak dipulangkan.. Grrrrr. Taktik! Kene 2 kali dah. Tapi memang guna meter.

Sampai airport rupanya kaunter tak bukak lagi. Ingat kitaorang dah lambat sangat sebab dekat kul 11.30 dah. Kan kene checkin 3 jam sebelum untuk international kan..fuhh lega..

Beratur awal untuk check in beg

Hasil borong kat vietnam. Keh keh keh total 49.1 kg / 50 kg

Flight delay dari Malaysia 1 jam

So dalam pukul 2 petang baru berlepas.. Perjalanan ambil masa 1.30 jam jeSyukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Takde kene tahan dengan imegrasen, bag pon ngam - ngam 49.1kg. Kitaorang selamat landing di bumi Malaysia KLIA2 dalam pukul 6 ptg. 

### TAMAT###

Jumpa lagi VIETNAM di masa akan datang.. InsyaAllah.

















Monday, 2 June 2014

Vietnam part 4 Mekong Tour, Vietnam


Hari ke-4 nie barulah berpeluang untuk ke Mekong Full Day tour. Nak booked tour nie senang je.. Booked dari hotel kitaorang duduk je kat receptionist. 

Hotel nie menyediakan 2 pakej iaitu Mekong Full Day tour ke MyTho-Tre dan Cai Be-Vinh Long.
Harga pon berbeza disebabkan kalau nak tengok floating market kene amik ke Cai Be Vinh dengan harga $25 seorang. Tempat popular yang rata-rata rakyat Malaysia pergi adalah MyTho-Tre. Sebab kitaorang amik pakej ke floating market dan tak nampak pon orang Malaysia dalam tour kitaorang. Macam ni lagi best.. Baru rasa pelancong kat Vietnam nie.. Hehehe

Pakej tour yang disediakan oleh Hotel Saigon 2

So kitaorang pon tempah tour ni sehari awal. Kalau lewat sangat, takut dah full plak. Cadangnya nak pergi hari ke2 kat sini, tapi dah lambat booking tempat pon dah full. 

Pagi tuh sekitar jam antara 7.00- 7.45 pagi kitaorang dah terpacak kat depan lobby tunggu. Tapi driver minibus yang amik kitaorg dalam 7.40pagi. Nasib baik dalam range yang dibagatahu awal-awal, kalau tak, memang dah kene maki hamun la.. Muahahhaa

Bus berhenti ambil kitaorang kat hujung jalan. So kene jalan sikit la ke main road. Rupanya kami orang first dia ambil. Dah amik lagi satu pasangan, kitaorang kene ditransfer ke bus lain. Kiranya main sentral bus untuk tour kat sini. Dalam 8.30 pagi baru naik bus dinaiki ramai pelancong luar dan terus ke Chai Be Vinh. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai ke destinasi dan stop berehat di satu perhentian. Dalam perjalanan ada tour guide terang serba sedikit tentang mekong river dan apa yang akan kita lakukan.

V.I.E.T.N.A.M waiting for bus transit

Terminal bus - Cai Be thanh

Akhirnya sampai ke destinasi dituju. Terus disuruh untuk naik boat melawati floating market. Floating market kat sini untuk orang tempatan dan kene beli borong minimum 20kg. Satu family duduk dalam boat tersebut menjual hasil-hasil tanaman. Contoh buah tembikai, labu, ubi, bawang dll.

Cai Be Tourism



Dalam boat ke pulau-pulau kecil

Floating market 

First destination tadi adalah melawat floating market ini sepanjang 800m. Next adalah ke sebuah pulau kecil yang membuat coconut candy dan hunny bee. Kedua-dua tempat nie merupakan perniagaan harian mereka.

Tempat Pembuatan Coconut Candy


4 proses sebelum terjadinya coconut candy.

Terdapat 3 perisa iaitu original, coconut+peanut dan coconut+ginger. 30000 dong sepaket. Tadi dapat rasa tester coconut+peanut, sedappp. So beli lah sebungkus bawa balik Malaysia.

Next diaorang bagi rasa minuman jeruk ular. Bau nye.. Perrgghhh bau masam dan uweeekkk. Tak perasan plak apa khasiatnya. Tak minum langsung!

Jeruk ular.

Jomm ke kampung buat madu teh.

 Dah settle kat sini kita ke next kampung tapi dalam pulau yang sama. Jalan kaki jer dalam 200m. Kat sini perniagaan madu teh dijalankan.





Okey kat sini setiap pelancong diberi segelas teh bercampur dengan madu asli. Sedap rasanya. Nak kata tak halal tak juga sebab dia hanya teh dan madu asli sahaja. Janji tawakkal dan baca bismillah. Tapi jeruk dan kerepek tuh tak makan pon. Sebab tuh yakin macam tak halal kan.. He

Bye-bye Tu Dong

Perjalanan diteruskan lagi ke pulau yang ke2. Pulau nie agak besar sebab terdapat sekolah dll.. Perjalanan ke sini ambil masa dalam 40minit lagi. Aktiviti pertama adalah untuk pergi lunch disini.

Tadaa..Ikan goreng talapia kowt.

Paper rice : ala-ala samosa

Jemput makan bismillah.

Okay dalam pakej tour nie, makan tengah hari disediakan sekali. Kitaorang amik vegetarian je dengan nasi. Ketika ini terpaksa bertawakkal dan berserah sahaja sama ada halal ke tidak orang masak di sini. Tapi kalau dah darurat boleh kan.. Nasib kami makan. Kalau tak, sampai kul8 malam tak makan. Bekalan pon tak mengenyangkan dan tak cukup pon. Yang penting dah baca bismillah.. Ye dakk??

Wokey dah kekenyangan, kitaorang diberi masa dalam 30minit untuk berbasikal keliling kampung. So kitaorang pon berbasikal kedepan sikit. Suasana macam kat kampung je. Tapi pengalaman berharga tau.

Tunggu dalam 5min pastu terus kembali ke sungai. Kat sini dan siap sedia tunggu orang2 duyung sampan. Kitaorang ber4 dengan 2 orang pelancong mat saleh. Orang kata naik sampan nie adalah simbolik kalau ke Mekong Delta nie... Heheh tercapai gak hajat nak ke sini.

Best part yang ditunggu-tunggu. WAJIB BERGAMBAR skali ngan mat saleh dan tukang duyung sampan.


Terbaikkkk.. 

Transfer ke boat kembali

Time dah naik boat, ada pelancong yang baik hati siap bagi tips kat tukang duyung2.. Kitaorang tak sempat bagi sebab terlupe. Keh3

Jetty

On the way balik jumpe la jambatan nie yang menghubungkan pulau dan daratan. Kalau kereta diaorang ada feri khas untuk di bawa.

Dah settle semua tour kat sini, kitaorang kene tempuh 3 jam perjalanan pulang ke bandar. Dalam pukul 8pm kitaorang sampailah tempat kitaorang naik tadi. Kat sini diaorang tak anta terus ke hotel, pandai-pandai korang la nak balik hotel macam mana. Dia tunjuk arah je.. TT

So kitaorang dengan yakinnya meneruskan perjalanan balik ke hotel berjalan kaki dengan bertanya kan orang lain untuk lebih pasti. Jalan punya jalan rupanya dekat je. Dalam 1 km sahaja. Apa pon kitaorang dapat tengok night life kat sini.

Ni MCD yang pertama baru dibuka di Vietnam tau pada 16 may dibuka secara rasmi.

 Malam itu macam biasa, shopping di pasar malam ben thanh... Okay kat sini nak bagitahu, harga kat pasar malam nie jauh lagi mahal dari market ben thanh bagi certain benda. So nak bargain dan comparelah betul-betul kay.. 

Malam itu juga, kitaorang shopping habis-habis sebab takut esok tak sempat. Hubby beli kasut adidas lagi, me beli sandle biase je... Lastly beli kopi vietnam yang ummmpphh!

Rembat beg north face ori RM80

Kasut adidas ori vietnam RM80

Gambar statue kuda ben thanh ( gambar semalamnye)


K sambung last entry kot..part 5

Bubby~~~