Saturday, 24 May 2014

Vietnam Part 1 : KLIA2 - Ho Chi Minh City

Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu baru ade kesempatan dan mood nak tulis blog pasal percutian kami ke Ho Chi Minh, Vietnam. Takot lambat update blog, nanti cerita ni jadi basi plak.. Hehehe

Okaylah jom kita mulakan kisah HCM kite...~~

Just for information, kitaorang berdua, me and my hubby sahaja yang pergi, menaiki Air Asia dari KLIA2, selama 4 hari 3 malam, dari 12-15 May 2014, tiada agen pelancongan, backpakers tetapi well preparation.

Seawal jam 9 pg, kami dah mulakan perjalanan. Pengantin baru my bro and SIL yang hantar ke KLIA2. Flight boarding lambat lagi pukul 2-50pm, tapi pergi awal untuk explore skali KLIA2 tuh macam mana. almaklumla AA baru mula beroperasi sepenuhnya pada 9 Mei 2014.

Pintu perlepasan


Selfie dulu di KLIA2

KLIA2 in action!

Pintu perlepasan L8 ke Ho Chi Minh

Haa ade ruang menunggu before pelepasan

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.. Amin. Setakat nie pergi semua lancar dan jangan dengar cakap rumors sebab ada yang cakap jalan jauh, management kelam kabut lagi, tetapi bagi kami semuanya perfect dengan value yang kite laburkan. Kitaorang sempat juga lah explore dari pelepasan, departure, shopping mall, taxi, bus Skybus to KL Sentral dll....Advantage di KLIA2 ni lebih canggih, selesa dengan ruang menunggu khas, ada aircond, toilet,surau semua di sediakan.

Dalam flight

KLIA 2

Bandar Ho Chi Minh yang padat

Perjalanan hanya mengambil masa dalam 1jam 50min sahaja. Kitaorang selamat mendarat di Ho Chi minh International airport sekitar jam 3.45pm waktu vietnam. Oh ya waktu vietnam lewat sejam dari Malaysia..


HCM Airport. Alhamdulillah semua kastam lepas

Hasil dari pembacaan blog-blog, untuk ke Ben thanh ada 2 cara samada menggunakan teksi atau bas. Teksi Vinasun dengan harga sekitar RM22 dan bas hanya RM2.50 untuk 2 orang, so kitaorang decide untuk naik bas sahaja.

Nak naik bus, keluar dari airport, belok ke kanan, berhadapan dengan Burger King terdapat sebuah bas ber no152.. Haa naik bas tuh untuk ke Ben thanh market. Haa sini ade rumors kate kalau naik bus, bus driver takkan bagi balance, so kene tukar ciap2... Tapi salah..kitaorang dapat je balik 5000dong.. Tapi nak selamat, sediakan saja duit kecil.. Kitaorang sanggup tukar duit kecil dengan beli fries kat BK tuh..

Tuh burger king BK



Jom jalan-jalan naik bus 152

Tiket bus bersama baki 5000 dong


Perjalanan ke ben thanh market ni hanya dalam 30min sahaja. Itu pon agak sesak sebab waktu keje orang ramai balik... Untuk tau dah sampai ke ben thanh ke blom, cari statue kuda ni.. So confirm-confirm la dah sampai... Mata kene alert jangan sampai terlepas pandang.

Dah sampai berlatar belakangkan statue kuda

Jalan sikit berpandukan peta berdekatan dengan pasar ben thanh terletak la hotel kami. Bertentangan stesen bas tadi..

Our hotel : Saigon Pink 2 untuk 4 hr 3 mlm

Daftar masuk

Bilik kami 402 tingkat 4 ada lift okayyy

Hotel nie cuma 2 star je kot.. Kecil tanpa tingkap. Tapi bagi kami yang budget nie sangat-sangat berbaloi.. Bukan nye seharian duduk kat hotel.. Cuma malam untuk tidur sahaja..... Dah check in semua, mandi solat dan kita akan teruskan penggembaraan jelajah bandar HCM city malam tuh gak...
Itu kita story-story next entry plak k....

Wassalam.....






























No comments:

Post a Comment