Saturday, 17 May 2014

PangkOr island Part 2 : Island hoping

Good morning  & Assalamualaikum...

Waaa lamanya tak update blogku ini.. Al maklumla sejak 3 minggu lepas teramat busy menguruskan dan menghadirii perkahwinan abangku Lukman dan pasangannya Sis Liyana.. Itu akan di cerita untuk entry seterusnya.

Hari khamis lepas pula, baru balik dari bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam... Cerita nie agak menarik juga dan akan diceritakan untuk entry seterusnya lagi.. Tungguuuuu... Okay!

Berbalik pada percutian singkat dan percuma ke Pulau Pangkor, pagi itu kami, I and hubby memulakan perjalanan ke Pulau Marina. Di sini merupakan jetty baharu yang ke2 selepas jetty di Lumut. Jetty ini baru sahaja dibuka dan pertama kali nak naik ferry dari sini. Tambang masih sama, RM10, tapi sekarang pakai sistem kad satu family rm10 boleh pakai ramai2. Just sebut je number ic then no need to pay for the membership.

Di jetty Marina Island

Marina Island Pangkor , tourist map

Perjalanan melalui jetty ini, hanya mengambil masa hanya 10min berbanding di jetty lumut selama 40min. Tak terasa sangat pon naik ferry ni. Tapi pantas dan cepat. Lagi satu, kebaikan naik dari marina island ni, parking untuk kereta banyak dan rate yang murah. Sehari hanya rm5 sahaja.

Selamat sampai di jetty Pulau Pangkor.

So, setelah menjejakkan kaki dipulau ini, terus pergi cari motor untuk disewa. Akhirnya dapat la sebijik motor scuter dengan harga rm30 selama 24jam. Tapi kitaorang hanya amibil sampai petang je. Oh ya, lain jenis motor, lain harganya. Kadar sewa dalam rm25 - rm40 sahaja.
Dapat motor, terus pergi isi minyak rm3. Alhamdulillah minyak sangat cukup dan lenib untuk sehari.

Our first destination adalah mencari pakej ke island hoping. Selama pergi ke pulau pangkor ni, tak pernah pergi island hoping di sini. Kebetulan, datang berdua dengan hubby, and hubby first time kesini, dapatlah merasa ke island hoping @ boat trip.

So ni tempat2 yang akan dibawa oleh boat.

Kadar harga boat berbeza-beza mengikut jarak tempat, kalau dari pasir bogak ni, cas akan dikenakan sebanyak rm150 untuk 2 orang naik personal boat dan melawat 9 tempat dan pulau. Tapi kalau naik dari teluk kemang, hanya rm50 sahaja untuk 7 tempat x2. Tapi tempat snorkeling dah coral island tetap tempat yang sama. So memadai ambil pakej dari teluk kemang ini.

Terdapat 5 tempat di bawa. Antaranya:

1-Monkey island
2-batu bentuk tangan tadah

3-batu bentuk kepala ular

4. Tempat snorkeling

5. Batu bentuk kepala ikan paus


6. Batu bentuk kepala buaya


7. Coral island pantai yang masih cantik


Ketika air sangat surut.sekitar jam12pm

Ketika kami melawat tempat ni, pelancong pon tak ramai. Hanya sekitar bebrapa orang sahaja. Sebabnya, kitaorang datang time hari bekerja. Ngeh3

Dah settle melawat dan snorkeling, pe lagi perjalanan keliling pulau pon bermula. Naik motor keliling pulau hanya dalam 8km keseluruhan. So kecik je pulau ni. Sebelum pergi lunch singgah dulu di kilang wat satay ikan. Borong ikan bilis dan udang.


Dah settle beli belah semua, time for lunch!! Okay kitaorang lunch berdekatan jetty, kafe haida. makan nasi berlauk ikan, udang, sotong  untuk 2 orang hanya rm13 untuk 2org makan termasuk air.sangat-sangat murah, sedap dan freshhh..

Murah pon murah, wifi pon freeeee~~


Dah kenyang perut, kitaorang teruskan perjalanan lagi ke tempat bersejarah..KOTA BELANDA



Berselfie jap.. 

Dah dekat pukul 5, kitaorang pon bergerak ke jetty.. Tapi malangnya ferry ke pulau marina setiap sejam. Pukul 6.30 baru naik ferry ke marina island.


Goodbye pulau pangkor

Sampai sahaja, terus pergi ke pekan lumut cari dinner.. 
Alhamdulillah selamat satu hari percutian di Pulau Pangkor dengan tersayang.. 

Wassalam


















No comments:

Post a Comment