Tuesday, 9 September 2014

First Day di NDK

Tanggal 08/09/14, bermulalah career baru aku di tempat kerja baru..NIHON DEMPA KOGYA (NDK) Crystal. 
Serba sikit latar belakang NDK ni, terletak di Sec 26 Shah Alam. Dibina di shah alam nie dari tahun 1979 lgi.. Lama tuh.. So quit stable la company nie kan..

Di pagi hari.. Isnin 08/09/14 dah terpacak depan kilang seawal 7.55 pagi. Ontime ok! Masuk je kat guard tuh kene tunggu smp 08.30am baru HR panggil masuk.. Very not the on time.. Huhhh.

Muka semangat nk pergi kerja baru..

Pagi tuh macam biase la.. Ade training skit by HR, pasal agreement and bla bla bla... So far benefit semua ade kecuali cuti tahunan 1tahun tak de... Uwaa nangis.. Tp bonus confirm dapat based on performance... (1/4) gaji.. Harap-harap dapat lah kan.., 

Sebelah petangnye pula, dah dibawa masuk office. Diperkenalkan department team production. Aku bawah team orion. Product baru diperkenalkan kat Malaysia tahun 2011. Haiihh aku dapat product baru gak keee... Sabo je lah. Nasib ade pengalaman kan.. Ngeh3. Oh ya., aku report under engineering, Mr Tan..

Then petang skit aku dibawa masuk ke line.. Diberi tunjuk skit2 pasal product dan process.. Oklah tapi rimas kene pakai baju nak masuk bulan tuh.. Haha. Mungkin baru lagi kot.. Tak biase lagi.. 

Ape pon baru sehari keje masih tak dapat adapt lagi environment japanese company nie.. So tunggu la lagi 2,3 bulan or tahun.. K bubby..!

Saturday, 6 September 2014

Tawaran Kerja Baharu.. Alhamdulillah ~~~

Selamat Pagi~~

Wokey bila dah semangat nak tulis blog tuh dah datang balik, pagi-pagi dah start berblogging... Ngeh3
Tersebutlah al-kesah nak bercerita tentang mendapat tawaran ditempat baru... alhamdulillah.

Sebenarnya dah lama nak mencari tempat kerja baru.. Sebab sekarang nie pon tempat kerja lama Proreka tuh pon dah tak stabil.. So sebelum jadi beban bertambah, baik choww dulu untuk advance my career gak. Takkan sampai ke tua nak dok sana.. iam still young. Why not try a new environment and new culture. Kan???

Click punya click kat jobstreet tuh, tersangkut la plak dekat satu agent career medi yang mengaturkan pertemuan interview dengan Asean NDK Crystal di Sec 26 Shah Alam.. Separutnya interview pada 31 Julai 2014 bersamaan dengan 4 Syawal 1435 H... Betul2 lepas raya tuuu... Tak habis seronok nak raya tau..So pikir punya pikir, mintak dipostpone keesokkan harinya..iaitu hari jumaat.. 01 August 2014.Alhamdulillah dapat dipostpone.....


Harinya pon telah tiba..
Dengan perasaan malas dengan tak prepare ape2 pon... Pergilah jugak. Kalau ikotkan hati, memang malas sangat nak pergi, tapi bila dah fikir balik, dah la mintak postpone, then tak nak pergi.. Ko gilaaa?? Kesian kat agent dengan HR sana , ditambah dengan semangat yang diberikan encik suami, ku gagahkan jua ke NDK Crystal jam 8.15am. Nasib tempat kerja tuh dekat je dengan rumah seri kayan..

Situasi di NDK Crystal..
Sampai je sana, pergi ke guard pintu 1, then bila cakap nak interview, pergi plak ke guard pintu 2.. Sampai je kat guard no 2, terus diberi application form dan disuruh tunggu kat kantin, nanti boss datang. What?? Interview kat kantin jer? Dalam hati.. Apa punya kilang interview kat dalam kantin jer.. Siap tanya makcik cleaner lagi. Dia pon cakap benda yang sama.Mungkin diaorang pon interview kat kantin je kot... Akhirnya pak guard suruh tunggu nanti boss panggil ke dalam. Fuhhh legaaa...

Dalam pukul 9am, HR panggil masuk buat test Jepun.. Tak ingat test apa, tapi banyak nombor.. Buat dalam 40minit gak la.. Nasib baik berjaya. Huhu. Lepas tuh HR suruh tunggu kat luar untuk interview dengan panel lepas rehat dalam pukul 10.15 plak.. Tunggu la aku kat luar sengsorang.

Tepat jam 10.30am baru panggil masuk.. Sebaik melangkah masuk kebilik interview... Mak aihhhh 6 orang panel interview nak interview aku sorang jer?? Cuakk gile time tuh.. Dalam hati.. Interview je la.. Dapat tak dapat tuh lain kira.. Yang penting, aku dapat experience.. Betul tak? Oh ya.. Yang interview aku hari tuh adalah terdiri daripada.. HR,manager HR, Director, manager production, manager Qa and lastly production planning. Post yang aku mintak adalah production planning jer.. Napa sampai 6 orang nak interview aku.. Ah layan je lah.. Lastly diaorang offer 3 position kat aku.. Production planning, QA Engineer dengan Process Engineer.. Haa semua aku nak.. Tapi dalam hati confirm la tak dapat..haha

Melangkah pulang dengan perasaan yang kecewa yang teramat dalam pukul 11..Confirm tak dapat punya.. So lets chill...~ tiba-tiba dalam pukul 11.40am, agent call.Ingat nak tanya kanar pasal interview tuh.. Ranya nak bagitahu yang NDK offer post PRODUCTION ENGINEER. Tanpa fikir panjang, terus accept and and bagitahu 1month notice dan last day bila...ALHAMDULILLAH. Bila lagi nak dapat title Engineer kan.. Itulah dinamakan rezeki.. Tuah ayam nampak dikaki.. Tuah manusia?? Jawab sendiri.. Hehe

Lepar confirmkan dengan HR Proreka dan letak resign letter 1 month notice semua.. Tanggal 8 September 2014 tarikh melapor diri kat NDK CRYSTAL..

My offer letter.. Report work on 08.09.14.. Bersamaan ESOK! Huhu

Okaylah..pasni nak cerita pasal meniti hari-hari terakhir di Proreka pulak..adioosss






Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum blogger.. 

Pergh lama gila tak update blog kesayangan ni. Kat sini lah nak catatkan semua kenangan terindah yang berlaku sepanjang hidup dimuka bumi nie... Hikhikhik. Almaklumla sejak dua menjak nie sibuk dengan pindah rumah, tension kerja dan cari kerja baru.. Nanti aku akan ceritakan semuanya kay.

Oklah straight to the point k.. Sebenarnya banyak perkara berlaku yang nak diceritakan satu persatu.. Dont worry k.. Firstly nak cerita pasal hari raya hari tu dimana, bila, siapa dan bla bla..

Sempena tahun ni merupakan tahun ke2 kitaorang beraya sebagai suami isteri, so tahun nie jatuh giliran berhari raya dirumah mak mertua. Kebetulan tahun nie semua adik beradik hubby pon beraya di mak mertua juga.. dapat la gak berkumpul adik beradik dari KL, pahang dan Johor. 

Hari raya Aidilfitri jatuh hari Isnin bersamaan 29/07/2014. Apa lagi, lepas balik kerja, siap-siap truz bertolak balik kampung. Berbuka ditengah jalan.. Wewewewww

Sebelum hari raya hari tuh, kitaorang pergi bersesi gambar untuk baju nikah dengan baju istiadat polis hubby.. Setelah nak dekat 2 tahun baru berkesempatan nak bergambar. Nasib baik baju still muat. Muahhahahaa..

Sempat gak ke kedai fotografi amik gambar

Cerita hari raya kami...

Raya pertama di Perlop 3, Sg Siput ( bergambar di Lake Taiping sebelah petang)

Raya kedua di kampung hubby di Batu Kurau

Raya ketiga di kampung ayahku di bota perak.

Raya tahun nie memang seronok sangat sebab dapat jumpe saudara mara hubby yang tak pernah jumpe selama ni. Atleast pernah nampak walaupon tak sempat bertegur dekat rumah tok peah. Malam tadi dan tengah hari nie berBBQ la sempena hari raya..

Petang tuh pulak ke kampungku diBOTA. Setelah hampir 5 tahun kot tak berhari raya dan berkampung kat sini... Malam tuh juga semua cousin n sedara mara datang dan berBBQ.Yang bestnya, yang dah bermenantu pon 1st time tido Bota..




BBQ diBota Kiri Perak.

Raya ketiga jugak, sempat juga akhirnya berhari raya kat kampung kak ana. Dekat setahun dah janji nak dtg, bru thun nie berkesempatan...



Banyak lagi kalau nak diceritakan.. Tapi cukup la sampai kat sini je.. Kesimpulannya, raya tahun nie memang terbaik dan terbest sebab berkesempatan raya kat semua kampung, jumpe sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim.. InsyaAllah..


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN 1435H/2014