Blog percutian ke Australia nie pon tak habis lagi kan..huhu.. Ayuh kita habiskan percutian kali nie.. Sebab, next holiday plak dalam bulan 5 nanti.. In Sya Allah.
Pagi nie kitaorang dah planning nak pergi Sydney City Tour. Jalan-jalan bandaraya Sydney iaitu The Rocks.
Sydney Opera House
Harbour Bridge, Sydney
Sydney Muzeum
Dah settle jalan-jalan kat sini, terus ke Flea Market. Sape yang tak tahu ape Flea Market info sket:
Flea markets and swap meets are a type of market where inexpensive or secondhand goods are sold or bartered.
In any one week there's a large number of flea markets with stallholders selling trash & treasure, bric-a-brac, pre-loved goods, olde wares and just plain old junk. Flea markets are the perfect place to find that thing you have been chasing for years.Layan dulu gambar sekitar Flea Market nie:
Keadaan macam Pasar Pagi kat Malaysia je
Dah puas jalan-jalan kat sini plak, Amir bawa kitaorang ke tempat jual pinggan Mangkuk Corelle dengan Pyrex.
Sempat tangkap gambar kat luar je sebab dah excited sangat nak beli pinggan mangkuk kat sini. Corelle kat sini sangat-sangat murah sebab harga Malaysia RM299, kat sini hanya RM120 sahaja. Mana tak gila?? Rasa nak borong je semua pinggang mangkuk bagai, tapi apakan daya, kapasiti dan muatan beg tak mengizinkan. Tapi sempat jugak la borong 2 set pinggan mangkuk Corelle untuk pakai rumah dan bagi hadiah dekat mak mertuaku..
Lepas beli pinggan mangkuk, pergi ke factory outlet adidas dengan Nike tapi tak membeli pon sebab tak ada yang berkenan.. Fuhhhhh
Dah settle beli belah semua, time to go home.. Sebab hari pon dah petang....
Keesokkan harinya pulak, kitaorang sambung lagi shopping ke Direct Factory Outlet dengan Padday's Market.
1) Direct Factory Outlet
Dekat factory outlet ni, macam-macam jenama international ada. Antara yang menarik perhatian adalah Coach, Oroton, Fossil, tommy, Nike, Adidas dll. Tapi aku berjaya rembat satu handbag Coach bernilai 300AUD. Kalau convert dalam RM900 je. Kalau kat Malaysia tengok kat OU, RM1600. Dua kali ganda tau harganya. 1st time merasa pakai beg mahal.. Hehehehe.
Coach Handbag
Lepas ke DFO, kita ke Paddy's Market pula. Dekat sini la kita boleh beli souvenier atau ole-ole dari Sydney. Sebab kat sini murah dan boleh tawar menawar.
Kat Paddy's Market ni, macam-macam ada jual. Dari kraftangan, baju, cenderamata sehingga la ke sayur-sayuran. Macam kat pasar siti khadijah je..
Sampai ke petang gak la shopping kat sini. Hari ini dan semalam hari bershopping dan kali terakhir shopping kat Sydney. Esok ada planning Great Ocean Drive plak.. Hehe
So, tu kita cerita untuk next entry pulak k....
No comments:
Post a Comment