Yeayyy Island Hoping time!! Eksited giler wokeyyyy...
Sementara tunggu driver van ambil kitaorg, PoSing dulu!!
Tepat jam 8.03minit driver tuh muncul jalan kaki dari main road. Katanya van tak boleh naik atas sebab jalan sangat curam nak naik.. Hee. Tak pe janji ditepati...
Kami dalam van ready for Phi Phi island tour.. Yeayyyyy!
Perjalanan mengambil masa dalam 45min untuk sampai ke jetty.. Di sana, kami di beri stiker 'light blue' untuk group kitaorang. kat sana ade beberapa lagi group warna merah, kuning, dan biru pekat. Sebelum bertolak naik boat masing2, kitaorang diberi taklimat skit dan nak promote barang2.
P/s: Kalau diaorg promote sewa fin, please dont buy.. Itu hanya taktik jeer.. Kitaorg rugi 100baht untuk sepasang.. Arghhh!
Tunggu dalam pukul 10.15am baru boleh naik boat... Satu speedboat boleh memuatkan lebih kurang 35orang...
Persinggahan pertama kami adalah Maya Bay Island...perjalanan ambil masa 45min.. Dekat sini pula, kitaorang diberi masa 30min je untuk bergambar2... Hee. Pemandangan dan cuaca sangat menakjubkan.. Subhanallah.... Layan gambar sekitar Maya Bay.. Tempat pengembaraan filem The Beach katanye...
Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke beberapa lagi pulau hanya untuk bergambar dan beri makan kat ikan2..antaranya viking cave, monkey island dan satu tempat untuk snokeling (tak tau nama pulau) sebelum lunch kat Phi-phi island nie...
Kitaorang sampai kat Phi-phi island dlm pukul 12.40pm. Kami diberi masa sejam untuk jalan2 dan shopping! Jangan risau lunch buffet ni halal dan menyajikan makanan western dan malay seperti nasi putih, ayam, speggeti, tom yam, buah dan air... Alhamdulillah sedap dan kenyang.
Pakej buffet yang disediakan kat sana
Sekitar phi-phi island
Dah kenyang perut, kitaorang meneruskan lagi perjalanan ke last island untuk bersantai dan menikmati buah-buahan. Semua ni dah termasuk dalam pakej. Tapi sewa kerusi dikenakan bayaran lain 150baht untuk 2 kerusi..
Buahan dan air diberi percuma..
Kat sini boleh snorkling untuk kali ke2..
Hubby ready untuk snorkling
Dekat sini kitaorang diberi masa sejam setengah untuk bersantai dan bersnorkling.. Best sangat! Dah selesai, kitaorang pon bertolak kembali ke jetty. Perjalanan ambil masa hanya dalam 15min... Dekat jer rasa. Tak sempat nak tidur pon... Ape -ape pon semua terbaik dan puas hati!! Driver van hantar kami ke hotel transfer juga..
Ada rezeki boleh datang lagi untuk ke James Bond island yang x kesempatan nak tour lagi :(
Sampai je hotel, ktaorg sewa motor siap2 untuk jalan-jalan malam nie.. Sewa satu hari 250baht. Isi gasoline 100 baht. Letsss rock!,
Next entry nak cerita pasal aktiviti malam plak kay...bubbyeee
No comments:
Post a Comment