Yeeeehooooo!!!
Semalam baru balik dari bercuti ke phuket ngan krabi, Thailand, hari nie dapat mc plak sebab kene kayap plak.. Adoiyai.. X pe lah redha je lah sebab dah ditakdirkan..betul tak?
Tapi xpe.. Ada juga masa untuk upload dengan update gambar dan blog.. HeHe
So percutian kali ini 5Hari 4mlm... Bermula hari sabtu 18/1 hingga rabu 22/1/14..pergi ke 2 buah pulau iaitu : Phuket island & Krabi Island.
Perancangan awal hanya pergi ke Krabi Island sahaja. Tapi memandangkan masa yang sangat singkat (isnin - rabu), tambah plak jumaat cuti Thaipusam, so ape lagi tambah tiket lain turun ke Phuket dulu then naik minivan ke Aonang, Krabi, balik ke Malaysia thru Krabi... Owsomeee !
Dalam ktm Batu 3 menuju ke KL Sentral then naik bus Aerobus ke LCC Terminal.
Flight kitaorang pada pukul 8.20pm. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 min sahaja.. Landing di Phuket international Airport lebih kurang pukul 9.30pm.. Keluar je dari Airport, dah ade agen yang tunggu untuk bg perkhidmatan mereka. Setelah runding punya runding, kitaorang decide just untuk ambik taxi to our guesthouse and Phi-phi tour island keesokkan harinya..
Sebelum nie, ada gak baca blog- blog lain yang cakap jgn amik pakej kat airport becoz mahal kan.. Tapi for me okay lah. Mana nak cari pakej tengah2 malam nie so we decide to took the taxi to patong ( 800 baht per car )and pakej phi phi island ( 1500 baht per person). P/s : harga pakej phi phi island dari Phuket is not the same as naik dari Krabi. TAKE NOTE! Sebab mungkin jarak yang membezakan.. Dekat krabi pakej bleh dapat dlm 1200baht je.
This is our guesthouse: Neeraja Guesthouse, Na nai Road, Patong Phuket. Worth for value. RM 80 per night. Cari dekat booking.com
Sampai dekat hotel pon dah 11.30mlm. Sebab perjalanan dari Airport ke Patong dalam 45min. Kitaorang siap-siap, then terus keluar cari roti dan air untuk breakfast sok. Jalan-jalan Nanai Road. Sampai bilik dekat pukul 1 pagi terus tidurrr... Oh ya, Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia.
Our breakfast untuk pagi esok. ( TC Boy bawa dari m'sia)
So untuk aktiviti esok iaitu Phi-phi island tour akan diupload untuk next entry okay..tunggu ye..
Checklist:
1) tukar duit dr Msia >>100 baht = 10.10 MYR / 10.22 MYR
Thai >> Baht 100 = 10.15 MYR ( nilai kat thai, cari yang paling tinggi tau)
2) waktu thailand lewat sejam dari MALAYSIA
3) sila bawa travel universal adaptor lebih dari 1 if bnyk nk kne cas
4) sunblock protection
5) waterproof bag- takot barang basah tym naik speedboat
6) topi dan sunglass