Bismillahirrahmanirrahim..
Last week my husband and I berkesempatan pergi holiday ke "Sabah Negeri Di bawah Bayu". Sebelum itu, Sapa yang tak tahu asal usul negeri Sabah, Jom kita lihat baca petikan dibawah tentang Sabah. Merujuk kepada wikipedia...
" Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".[5] Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun."
( Teruja sebab dah sampai Sabah bah...)
Okay,
Perjalanan bermula jam 12.10pm 19 September 2013, kitaorang naik Komuter dari stesen Shah Alam. Sejurus selepas itu, kitorang teruz amek bus Aerobus ke LCCT. Kitaorang sampai lebih kurang pukul 2pm terus makan-makan and sembahyang dulu dekat foodcourt LCCT.
Lebih kurang pukul 3.30pm, baru kitaorang check in. Time nak check in dekat pintu masuk, beg i di tahan coz overweight (8.9kg, max 7kg) tp my husband lepas plak kan. So, i pon kuarkan barang yg bleh pegang and pindah ke bag my husband becoz dier kan dah lepas td... hehehehe... fuuhhh selamat duet check in beg I. So kepada yang nak naik Air Asia sekarang, beg cabin maximum only 7Kg and very strict now OK.
Departure from LCCT lebih kurang jam 4.30pm. Delay 10 minute je. Kira okaylah kan.Sampai Lapangan Terbang Terminal 1 Kota kinabalu lebih kurang pukul 7.00pm. Perjalanan memakan masa cuma 2 jam 30 minit.
On d way naik Flight |
Landing je kat lapangan terbang tuh, kitaorg truz call kereta sewa yang dah lama booking. Kitaorang booking untuk 2.5 hari jer. Kete Myvi SE and total RM325. Agak mahal. Tapi untuk keselesaan kitaorg daki bukit Kundasang nanti.Condition kereta ni memang tiptop and dijaga baik..
Myvi SE orange - Kereta Sewa |
First time dapat kete sewa macam biasa lah.. pergi isi minyak dulu kat Shell, RM 50. Sampai kot untuk 2.5 hari. Pastu, mengikut perancangan itenerary kitorg dah plan, kitorg plan nak gi Pantai Tanjung Aru. Tapi tak jumpe. So, terus check in kat hotel Seri Borneo.Hotel tuh memang terbaik and memuaskan hati kitaorg. Tempat yang sangat strategik dan dekat dengan Pasar Filipina and Pasar Malam Kg Sinsuran.Sebelum sampai hotel, beli barang sikit kat PAsar Raya niee..Pasar raya nie kat area Wisma Pekeso. bersebelahan je..
Kita shopping duluuuu |
Malam tuh, Lepas mandi and solat, kitaorg terus pergi cari makan and shopping mutiara kat pasar malam Sinsuran. Rambang mata tengok mutiara tuh. Menurut peniaga Pasar Malam tuh, harga-harga di Pasar Malam jauh lebih murah dari Pasar Filipina. So sape-sape nak beli mutiara, sila lah beli kat tepi-tepi jalan raya and pasar malam.
Rambang Mata pilih mutiara |
Dah settle beli mutiara, kitaorg pergi pula ke pasar Filipina. Tapi pasar Filipina ni tutup awal dalam pkul 11pm. So ktorg mkan kepak ayam and minum air kelapa je.
Kepak Ayam femes kat Pasar Filipina |
2 biji Kelapa Muda - RM8 |
Lepas makan plak, singgah plak gerai jual kuih popular iaitu kuih cincin Sabah dengan Amplang sebelah pasar filipina. . Total untuk 6 paket kueh cincin and 4 paket kuih amplang adalah RM38. Habis murah dah nie sbb nak tutup kedai. hehehe.. ( Thanks pak cik )
Sebelum pulang ke hotel, ktorang sempat singgah kat Water Front Kota Kinabalu. Sini banyak gerai bir, pub and for non muslim lepak2.
The Waterfront KK |
Tepi Pantai @ The Waterfront |
Posing depan Restoran Cina |
Sampai sudah hotel kami. Kepenatan selepas seharian berjalan. Tapi best and enjoy sangat.
Seri Borneo Hotel Penginapan kami 4 hr 3 malam - Terbaekkk |
Oklah sampai sini saja untuk entry kali nie. Teruja untuk aktiviti keesokkan hari nya.. tungguu.... Sambung lagi di lain masa and waktu...kbai
Info : Alamat Hotel Seri Borneo:
Lot 10, Block D, Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment