Monday, 30 September 2013

Part 3 : Kundasang, Sabah

Selamat petang uolss..

Masih di mood holiday Sabah hari tuh. Sekarang nie I kat ofis lagi menunggu time untuk pulang. Esok kitaorang group ICC akan buat presentation kat Gambang resort untuk 4 hari 3 malam. Entry ni I akan update lepas balik dari Gambang erk..Hari nie I nak sambung lagi perjalanan kami ke Kundasang, Sabah plak.

Setelah habis melawat Tamparuli, ktorg pon meneruskan perjalanan lagi ke Kundasang, Sabah. Tempat nie famous dan merupakan kaki gunung untuk permulaan mendaki Gunung Kinabalu. Kat sini gak, boleh tengok Puncak gunung Kinabalu kalau sampai awal pagi. Menurut blogger lain, kalau sampai lambat, takut tak nampak puncak Gunung Kinabalu. Fuhhh nasib baik ktorg sempat sampai. Sebab tuh kuar seawal 6 pg.. hehe

Layan dulu pemandangan kat sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park, Kundasang Sabah. Entry kali nie masuk RM3.00 per entry. Tiket nie juga boleh digunakan untuk masuk Poring Spring kat Ranau Sabah nanti.
So sila lah simpan kalau korang tak nak rugi kan... hehehe


ond way to Kinabalu Park

Wow.. Lompatan tinggi


Kinabalu Park, Kundasang


hee. sweet n romantik tak?? ahaksss



Welcome


Dalam 7km dari Kinabalu Park nie ade simpang ke Tenusu Desa, Kundasang. Lebih tepat, kat area Pekan Kundasang ade simpang ke Tenusu Desa nie. Tapi kat luar nie takde signboard. Nak selamat, tanya orang disekeliling.

Disini, korang bleh la posing and tengok pemandangan ala-ala New Zealand versi Malaysia. Serius cantik beb. Entry untuk masuk nie RM4.00 per entry.


Welcome to Tenusu Desa 



Ada gaya tak ala - ala over the sea :P



New Zealand - Malaysia

Dah habis tangkap gambar, singgah dulu kat kedai beli susu fresh. Ktaorg beli sekotak susu choc fresh..Moooooo.. hehehe. Sedap! Harga cuma RM4 untuk 500ml sekotak. berbaloi sangat okay!

Sini tempat beli susu fresh

Lastly, kitorang singgah melawat kat Kundasang War Memorial yang ade kat Pekan Kundasang. Entry masuk dalam nie RM2 per entry. Nie sejarah serba sedikit tentang Kundasang War Memorial yg di petik di google internet.


A must-visit in Kundasang is the Kundasang War Memorial. Established in 1962, this was one of the first memorials to commemorate the brave Australian and British Prisoners of War who died in Sandakan and during the infamous death marches to Ranau during World War II. The memorial also remembers the people of North Borneo who risked their lives to help the POWs.

Cantik pemandangan dalam nie coz dia ala-ala kat australia garden. Tak rugi kalau kene bayar RM2 pon just untuk tengok sejarah masa silam.. hehe


Welcome to Kundasang War Memorial











Memorial Park, Kundasang



Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu

Gambar-gambar nie semua terdapat dalam Memorial nie. Kalau ada masa lebih tuh, daki la skit bukit naik atas tuh erk... macam-macam adeee...

K lah sambung untuk entry lain tentang Ranau, Sabah plak....

Saturday, 28 September 2013

Part 2 : Tamparuli Sabah

Selamat Hujung Minggu uollss..

Baru hari ni ade semangat nak sambung cerita holiday I kat Sabah last week. Since today hari Ahad, hari bermalas-malasan and en hubby dah keluar pergi Pasar pagi Stadium Shah Alam, boleh la I curi masa nak update entry kali nie.

Oklah kali ini I nak sambung cerita activiti I kat Sabah untuk hari kedua.Entry kali ni mungkin akan ade part 3 coz panjang perjalanan kitaorg pada hari ini. So

Layannn...

Seawal 5 pagi kitaorg dah siap2 bangun pagi siap-siap untuk mendaki Gunung Kinabalu. ( Aicehh kaki gunung je pon..hehe). Kat sana, pukul 5 pagi dah macam pukul 6 pagi subuh.Awal sejam dari semenanjung.
Pagi tuh, kitaorg pon mcam biasa lah kuar hotel and nak start enjin..... jeng jeng jeng....


Kereta Myvi yang tak sempat I pandu :'(


Kereta kitaorang dah tak boleh start. Check punya check, rupenya batery kereta kitaorg lupe nak tutup lampu dalam kereta. Oh sudahhh!  nak cakap macam mana kat owner kereta sewa. So hubby pon call la owner kereta sewa. Dia cakap nanti dia sampai and tengok kereta macam mana.

So sementara tunggu owner sampai, kitaorg pon jalan-jalan la kat area pasar Filipina tuh. Dekat je dalam 450m jer. Bergambar dulu..
Tepi pantai PAsar Filipina

6.15am waktu Kota Kinabalu

En Hubby

Pasar Pagi area tapak Pasar Filipina

Dalam 20 minit kemudian, owner kereta pon sampai. Dia try start kete and ktorang buat-buat tak tahu jer. Then nasib baik owner x cakap banyak and terus tukar kan kereta Saga BLM FLX nie kat kitaorg. So sepanjang kat Sabah nie, kitaorg gune kereta nie je lah. Sebab dia cakap, tinggal kereta nie je lah yang tinggal. Yang lain semua habis disewa. So minyak RM50 yang dah diisi semlam, akan direfund semula time pulang kereta and deposit nanti.


Kereta nie yang digunakan owner untuk hantar MYvi kitaorg semalam.


Ok lepas dapat kereta and isi minyak RM30 lagi, kitaorg pon sambung perjalanan ke tempat yang pertama iaitu Rumah Terbalik, Tamparuli. Rumah terbalik ni tepi jalan nak ke Kundasang and memang senang sangat nak jumpa. Entry Fee untuk Rumah Terbalik nie cuma RM10 seorang warganegara Malaysia.



Signboard tepi Jalan Tamparuli


Right Side capture 


Kereta pon bleh diangkat.. kekekeke


LOVE


Kene ketuk dulu before masuk Rumah 


Beli souvenir Fridge Magnet

Left side capture

Selesai sahaja melawat Rumah terbalik, kitaorang teruskan perjalanan ke Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan nie popular dengan lagu Orang Sabah. Ini info sedikit mengenai Jambatan Tamparuli :-

"home of the famous Jambatan Tamparuli, a favourite folk song of the Kadazandusun people of Sabah which tells of a hanging bridge and the story a young girl who accidentally loses her shoe while crossing"

We are HERE!

Tengah tengok air sungai jernih

JAmbatan TAmparuli
Dah settle tangkap gambar semua, kami pon menyambung lagi perjalanan ke Kundasang, Sabah. Untuk entry kundasang, saya sambung next entry ok..Nak siap-siap ke One Utama bawak mak and ayah shOpping! 




Friday, 27 September 2013

Part 1 : Kota kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim..

Last week my husband and I berkesempatan pergi holiday ke "Sabah Negeri Di bawah Bayu". Sebelum itu, Sapa yang tak tahu asal usul negeri Sabah, Jom kita lihat baca petikan dibawah tentang Sabah. Merujuk kepada wikipedia...

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipina meletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".[5] Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun."

( Teruja sebab dah sampai Sabah bah...)

Okay,
Perjalanan bermula jam 12.10pm 19 September 2013, kitaorang naik Komuter dari stesen Shah Alam. Sejurus selepas itu, kitorang teruz amek bus Aerobus ke LCCT. Kitaorang sampai lebih kurang pukul 2pm terus makan-makan and sembahyang dulu dekat foodcourt LCCT.

 Lebih kurang pukul 3.30pm, baru kitaorang check in. Time nak check in dekat pintu masuk, beg i di tahan coz overweight (8.9kg, max 7kg) tp my husband lepas plak kan. So, i pon kuarkan barang yg bleh pegang and pindah ke bag my husband becoz dier kan dah lepas td... hehehehe... fuuhhh selamat duet check in beg I. So kepada yang nak naik Air Asia sekarang, beg cabin maximum only 7Kg and very strict now OK.

Departure from LCCT lebih kurang jam 4.30pm. Delay 10 minute je. Kira okaylah kan.Sampai Lapangan Terbang Terminal 1 Kota kinabalu lebih kurang pukul 7.00pm. Perjalanan memakan masa cuma 2 jam 30 minit.


On d way naik Flight

Landing je kat lapangan terbang tuh, kitaorg truz call kereta sewa yang dah lama booking. Kitaorang booking untuk 2.5 hari jer. Kete Myvi SE and total RM325. Agak mahal. Tapi untuk keselesaan kitaorg daki bukit Kundasang nanti.Condition kereta ni memang tiptop and dijaga baik..

Myvi SE orange - Kereta Sewa

First time dapat kete sewa macam biasa lah.. pergi isi minyak dulu kat Shell, RM 50. Sampai kot untuk 2.5 hari. Pastu, mengikut perancangan itenerary kitorg dah plan, kitorg plan nak gi Pantai Tanjung Aru. Tapi tak jumpe. So, terus check in kat hotel Seri Borneo.Hotel tuh memang terbaik and memuaskan hati kitaorg. Tempat yang sangat strategik dan dekat dengan Pasar Filipina and Pasar Malam Kg Sinsuran.Sebelum sampai hotel, beli barang sikit kat PAsar Raya niee..Pasar raya nie kat area Wisma Pekeso. bersebelahan je..

Kita shopping duluuuu


Malam tuh, Lepas mandi and solat, kitaorg terus pergi cari makan and shopping mutiara kat pasar malam Sinsuran. Rambang mata tengok mutiara tuh. Menurut peniaga Pasar Malam tuh, harga-harga di Pasar Malam jauh lebih murah dari Pasar Filipina. So sape-sape nak beli mutiara, sila lah beli kat tepi-tepi jalan raya and pasar malam.


Rambang Mata pilih mutiara

Dah settle beli mutiara, kitaorg pergi pula ke pasar Filipina. Tapi pasar Filipina ni tutup awal dalam pkul 11pm. So ktorg mkan kepak ayam and minum air kelapa je.


Kepak Ayam femes kat Pasar Filipina
2 biji Kelapa Muda - RM8

Lepas makan plak, singgah plak gerai jual kuih popular iaitu kuih cincin Sabah dengan Amplang sebelah pasar filipina. . Total untuk 6 paket kueh cincin and 4 paket kuih amplang adalah RM38. Habis murah dah nie sbb nak tutup kedai. hehehe.. ( Thanks pak cik )

Sebelum pulang ke hotel, ktorang sempat singgah kat Water Front Kota Kinabalu. Sini banyak gerai bir, pub  and for non muslim lepak2.


The Waterfront KK
Tepi Pantai @ The Waterfront
Posing depan Restoran Cina
Sampai sudah hotel kami. Kepenatan selepas seharian berjalan. Tapi best and enjoy sangat.


Seri Borneo Hotel Penginapan kami 4 hr 3 malam - Terbaekkk


Oklah sampai sini saja untuk entry kali nie. Teruja untuk aktiviti keesokkan hari nya.. tungguu.... Sambung lagi di lain masa and waktu...kbai

Info : Alamat Hotel Seri Borneo:

Lot 10, Block D, Sinsuran Complex, 88000 Kota Kinabalu 




Thursday, 26 September 2013

Port Dickson N9


Salam 1Malaysia..

Tanggal 16 September 2013, merupakan cuti umum bagi satu Malaysia. So ape lagi,  Bagi menghayati dan megenang jasa-jasa pahlawan kita (aicehhhh) , ktrorg ( I and hubby, my cousin, Ina and his fren) dah booking 1 hotel kat Best Western, POrt DicksOn. (dulu dikenali dengan Tiara Beach Resort)  for 2 days 1 night. The rate time tuh agak high coz walkin and  dia charge for 1 night appartment is RM300. But it is consider OK with 2 bed rooms.

So activity petang tuh, pergi mandi manda at Pantai Teluk Kemang,PD. Sebelum mandi laut, ktorg melantak dulu makanan segera sebab kelaparan yang teramt.. huuu..



Port Dickson - We are here!

Muka kelaparan :(

Senja di PD

Malam tuh kitaorang pegi dinner seafood kat Restoren ape ntah.. x ingat. Tapi makanan dia OK and not so bad. Tapi time ktorang sampai pon dah lewat, so tak banyak choice yang boleh pilih. total for dinner : RM100 untuk 4 orang makan.
Senyum walaupon kelaparan



Ini lah kawan Ina - Fadli



Menu malam KAMI


Next Day, bangun je pagi, pergi beli breakfast kat luar. Beli nasi lemak dengan roti canai and minuman pagi.
Nasi Lemak dia sedap tapi nasi mentah. Kawan Ina x larat makan, but yang lain hentam saja makan. Last-last, semua sakit perut seminggu. (padan muka).
Tadaaaa ! Our home made breakfast. (perasan)

Posing dulu depan hotel before checkout

Seterusnya, on the way balik ke Shah Alam, Kitaorang sempat singgah di Muzium Tentera Darat,PD. Kebetulan Hari ini Hari 1 Malaysia, so ape lagi, ini yang dinamakan Semangat Satu Malaysia. ( hahaha )



Muzium Tentera Darat, Port Dickson


Posing dulu


Buku Pelawat - Bukti dah sampai! hehe


Bye - Bye


Entry untuk masuk Muzium ini adalah FOC. So sila-sila lah lapangkan masa and waktu terluang anda menghayati sejarah bagaimana Malaysia nie boleh mencapai satu Kemerdekaan!